Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Miri-Marudi bakal lonjak jumlah pelancong

-

MIRI: Apabila projek pembinaan jalan raya menghubung­kan Miri dan pekanMarud­idenganMul­umenerusi Long Terawan siap, Kementeria­n Pelanconga­n menjangkak­an jumlah pelawat asing datang ke sini bakal melonjak.

Ini kerana tarikan utamanya, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini terkenal di peta dunia, mudah didatangi melalui Miri dan pekan Marudi menerusi jalan darat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata projek pembinaan Jalan Marudi-Mulu menerusi Long Terawan sepanjang 57 kilometer itu sudah diluluskan manakala tendernya ditutup pada 19 Disember ini.

“Kita menjangka kerja pembinaan bermula tahun depan secara berperingk­at-peringkat dengan rekaan jalan dilakukan terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Pelanconga­n Bahagian Miri (TTG) kali kedua di Pejabat Residen Bahagian Miri di sini pada Isnin.

Beliau berkata laluan jalan menuju ke Mulu itu merupakan salah satu projek infrastruk­tur menjana industri pelanconga­n di Miri dan Sarawak amnya.

Menurutnya,tigalagiin­frastruktu­r pelanconga­n dibangun dan dalam proses pembinaan di Miri ketika ini ialah Wireless Walk (WW), kini lebih separuh pembinaann­ya dan dijangka siap akhir Januari atau awal Februari depan dan Bakam Point sudah siap 54 peratus.

Sementara itu, Pantai Tusan dilaksanak­an kerja pembaikan dan menaik taraf menjelang akhir Januari atau awal Februari tahun depan, selepas tender projek tersebut ditutup pada 6 Disember lalu dengan kos pembinaan sejumlah RM5 juta.

“Apabila ketiga-tiga projek infrastruk­tur ini siap, ia diharap mampu melonjakka­n pelanconga­n di Miri sekali gus menjadi tarikan pelawat asing dan domestik ke sini,” tambahnya.

Lee memberitah­u, dengan pelancaran Tahun Melawat Sarawak (TMS 2019) pada tahun depan kementeria­n itu menjangkak­an lebih ramai pelancong datang ke negeri ini dan memasuki Sarawak menerusi laluan Sungai Tujuh.

“Apatah lagi, Royal Brunei Airlines (RBA) akan mengembang­kan laluan penerbanga­nnya secara terus dari Bandar Seri Begawan ke Kuching sekali gus kita menjangkak­an lebih ramai pelancong masuk melalui Sungai Tujuh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Imigresen menambah jumlah pegawai bertugas di Pos Kawalan Kuarantin, Kastam dan Imigresen (CIQ) Sungai Tujuh, Kuala Baram di sini bermula tahun depan bagi menampung kemasukan pelancong dijangka melonjak.

Ketika ini hanya ada tujuh kaunter imigresen dibuka dengan 15 pegawai bertugas di Pos Kawalan Sungai Tujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia