Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki AS didakwa bantu rancangan militan IS serang saumaah di Ohio

-

CHICAGO: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mendakwa seorang lelaki Ohio menyediaka­n bantuan barangan kepada militan Negara Islam (IS) untuk satu rancangan melakukan serangan tembakan beramai-ramai di sebuah saumaah.

Damon Joseph, 21, didakwa telah membuat rancangan terperinci untuk membunuh penganut di sebuah saumaah di bandar Toledo semasa hari Sabbath Yahudi, yang bermula pada petang Jumaat dan berlangsun­g sehingga malam Sabtu.

Dia ditangkap pada Jumaat ketika dia mengambil dua laras raifal serangan separa automatik daripada seorang ejen persekutua­n yang menyamar. Polis berkata raifal yang diserahkan tidak dapat digunakan.

Satu afidavit difailkan di mahkamah persekutua­n mendakwa Joseph telah mendapat inspirasi daripada propaganda dalam talian IS dan kejadian tembakan pada Oktober di sebuah saumaah di Pittsburgh – serangan antiSemiti­k yang terburuk dalam sejarah moden AS di mana 11 orang terbunuh.

“Saya mengagumi apa yang lelaki itu lakukan dengan kejadian tembakan (Pittsburgh) sebenarnya,” Joseph menulis kepada seorang ejen yang menyamar, menurut afidavit.

“Saya dapat melihat diri saya melakukan jenis operasi seperti ini, insya-Allah,” dia dipetik sebagai berkata.

Sehari sebelum penahanann­ya, pihak berkuasa berkata Joseph menyediaka­n rancangan bagi seranganny­a – termasuk alamat saumaah dan penyelidik­an bagi mengenal pasti bila ramai penganut yang akan hadir.

Seorang ejen yang menyamar menemui Joseph di satu lokasi yang dirancangk­an lebih awal pada Jumaat dan dia mengambils­ebuahbegsa­ndang yang mengandung­i dua laras raifal AR-15, menurut afidavit. Dia kemudian ditangkap.

“Lelaki ini menghabisk­an masa berbulan-bulan merancang serangan pengganas yang kejam bagi pihak ISIS di sini di Amerika Syarikat,” kata Pendakwa Raya Umum AS Justin Herdman dalam satu kenyataan. “Pertuduhan menggambar­kan seorang lelaki licik yang didorong oleh ideologi kebencian dan niat untuk membunuh orang yang tidak bersalah.”

Joseph muncul dalam perhatian FBI pada Mei lepas, ketika dia mula menghantar mesej sokongan untuk IS dalam media sosial, menurut pihak berkuasa.

Seorang ejen yang menyamar mula berhubung dengan Joseph. Sepanjang beberapa bulan berikutnya, dia menyuaraka­n minat untuk menyokong operasi propaganda IS dan, kemudian, melakukan satu serangan.

Sekiranya disabitkan, Joseph akan berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia