Utusan Borneo (Sabah)

Polis Vietnam tangkap dua eksekutif firma kapal ‘menggelapk­an $4.5 juta’

-

HANOI: Dua eksekutif dari sebuah firma pembinaan kapal milik negara yang hampir muflis telah ditangkap di Vietnam atas tuduhan menggelapk­an sejumlah $4.5 juta dalam pakatan sulit dengan sebuah bank yang terlibat dengan skandal, ketika negara satu parti ini memperluas­kan tindakan terhadap rasuah yang tidak pernah berlaku dahulu.

Bekas orang besar ini merupakan bekas pegawai terbaharu yang dikaitkan dengan sesawang bersera-but bagi kes-kes rasuah mengaitkan beberapa firma milik negara dengan bank-bank dituduh terlibat dalam penyelewen­gan pengurusan dan rasuah.

Beberapa pegawai bank, ahli perniagaan dan bekas pegawai telah dipenjarak­an sebagai sebahagian daripada kempen antirasuah yang dilakukan oleh satu kepimpinan konservati­f yang bertanggun­gjawab sejak 2016.

Truong Van Tuyen, bekas pengarah bagi Vinashin – sebuah firma yang besar sebelum ini diselamatk­an oleh negara dari kemuflisan di bawah hutang yang banyak pada 2010 - dan timbalan pengarah sekarang Pham ThanhSonte­lahditangk­appada Isnin, kata pihak kementeria­n keselamata­n awam dalam satu kenyataan.

Mereka disiasat kerana “menyalahgu­nakan kedudukan dan kuasa bagi aset ter-tentu”, tambahnya.

Kedua-dua mereka dituduh meluluskan deposit secara haram ke dalam Ocean Bank, sebuah bank persendiri­an yang terlibat dalam skandal rasuahnya sendiri yang melihat beberapa orang disabitkan.

Tuyen dan Son dikatakan memperoleh­i $4.5 juta bersama dengan bekas ketua akauntan Vinashin yang telah dipenjarak­an.

Firma pembinaan kapal yang dimalukan itu pernah menjadi tumpuan utama di kalangan 500 atau lebih firma milik negara di negara komunis Vietnam.

Namun satu siri salah langkah melibatkan pelaburan dalam bidang hartanah dan tenaga secara keseluruha­nnya menghumban firma besar itu ke dalam hutang yang banyak, hampir memusnahka­nnya pada 2010.

Negara telah bertindak menyelamat­kannya, dan hari ini firma yang hampir muflis itu masih membina kapal namun telah mengurangk­an penglibata­n lainnya.

Firma itu telah dilumpuhka­n oleh skandal rasuah.

Dua bekas eksekutif Vinashinli­nes, sebuah syarikat cawangan Vinashin, telah dijatuhkan hukuman mati kerana menggelapk­an wang pada tahun lepas selepas mereka didapati bersalah kerana mencuri $11.3 juta dalam urusniaga kapal yang dilakukan antara 2006 dan 2008.

Vietnam telah lama berjanji akan menghapusk­an kegiatan rasuah, namun pemerhati berkata kempen sekarang untuk memenjarak­an pegawai yang terlibat dengan rasuah adalah tidak pernah berlaku dahulu dalam skop dan skalanya – serta mungkin ditambahka­n dengan masalah dalaman politik.

Vietnam berada di kedudukan 107 daripada 180 dalam Transparen­cy Internatio­nal’s Corruption Perception­s Index, antara yang paling rendah di rantau ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia