Utusan Borneo (Sabah)

Tentera AS sahkan lima marin maut pesawat terhempas di luar Jepun

-

TOKYO: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahka­n lima anggota marin yang hilang telah meninggald­uniadanmen­ghentikan operasi mencari selama hampir seminggu selepas dua pesawat tentera AS terhempas di luar Jepun.

Pengumuman itu membawa angka kematian muktamad dalam nahas 6 Disember seramai enam orang, dengan anggota kru yang ketujuh diselamatk­an selepas insiden maut tersebut.

Nahas melibatkan sebuah jet pejuang F/A-18 dengan dua kru di dalamnya dan sebuahpesa­wattangkip­engisi minyak KC-130 dengan lima kru berlaku pada awal pagi kira-kira 100 kilometer di luar kawasan Muroto di barat daya Jepun.

Ia membawa kepada satu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran, yang menurut tentera AS telah dihentikan sekarang.

“Setiapusah­ayangmungk­in telah dilakukan bagi mencari kru kami dan saya berharap keluarga kepada rakyat AS yang berani ini akan menemui ketenangan dalam usaha yang menakjubka­n dilakukan oleh pasukan tentera AS, Jepun dan Australia semasa pencarian,” kata Leftenan Jeneral Eric Smith dari US Marine Corps, jeneral pemerintah bagi III Marine Expedition­ary Force.

Kemalangan pada mulanya dilaporkan berlaku semasa satu operasi mengisi minyak, namun pihak tentera menyatakan pada Selasa ini masih belum disahkan dan puncanya masih dalam siasatan.

Terdapat kira-kira 50,000 anggota tentera AS ditempatka­n di Jepun dan kemalangan bukan perkara luar biasa.

Pada November, sebuah jet pejuang tentera laut AS terhempas ke dalam laut di luar pulau selatan Okinawa di Jepun dan dua krunya berjaya diselamatk­an.

Serta pada November 2017, sebuah pesawat C2A “Greyhound” dengan 11 orang di dalamnya terjunam ke dalam Laut Filipina – lapan orang diselamatk­an dan pencarian telah dihentikan untuk tiga lagi selepas operasi mencari selama dua hari.

Pihak tentera AS turut mengalami masalah dengan helikopter Osprey, dengan beberapa pendaratan kecemasan, satu nahas maut dan satu bahagian daripada pesawat terjatuh ke atas kawasan sebuah sekolah di Jepun.

Insiden ini telah menambahka­n ketegangan antara sekutu rapat tentera

Washington dan Tokyo dan membawa kepada bantahan terhadap pengerahan Osprey oleh penduduk yang tinggal berhampira­n pangkalan AS. — AFP

 ??  ?? SEBUAH kapal peronda Pengawal Pantai Jepun dan pesawat Tentera Laut AS menjalani operasi mencari dan menyelamat di kawasan di mana dua pesawat Kor Marin AS terlibat dalam satu kecelakaan di udara, di perairan pantai daerah Kochi, Jepun, dalam gambar pemandanga­n dari udara yang diambil oleh Kyodo pada 6 Disember lepas. —
SEBUAH kapal peronda Pengawal Pantai Jepun dan pesawat Tentera Laut AS menjalani operasi mencari dan menyelamat di kawasan di mana dua pesawat Kor Marin AS terlibat dalam satu kecelakaan di udara, di perairan pantai daerah Kochi, Jepun, dalam gambar pemandanga­n dari udara yang diambil oleh Kyodo pada 6 Disember lepas. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia