Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan sukan silat

Punyai nilai daya tarikan pelancong tersendiri

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sukan silat melalui Persekutua­n Silat Kebangsaan (Pesaka) perlu dilihat kerajaan sebagai medan yang mampu menarik pelancong.

Menurut Pengerusi Persatuan Silat Sinar Hijau Pesaka Daerah Lahad Datu Dr Suharpi Suddang, daerah Lahad Datu adalah sasaran terbaik untuk mencapai tujuan itu kerana keunikan tersendiri yang dimiliki pesilat-pesilat di sini.

Menurutnya, persatuanp­ersatuan silat yang wujud juga mempunyai nilai seni budaya yang mampu diketengah­kan sebagai salah satu lagi daya tarikan pelanconga­n.

Katanya, sudah tiba masanya pesilat-pesilat di daerah ini mengetenga­hkan keunikan seni silat yang dikuasai kerana ianya memberi manfaat dan kebaikan bersama.

“Selama ini keunikan kami kurang diberi perhatian namun sudah tiba masanya seni silat diangkat ke satu tahap yang boleh dimanfaatk­an semua khususnya sebagai salah satu lagi daya keunikan Lahad Datu,” katanya.

Dr Suharpi berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Kursus Naik Taraf Wasit Juri Tahap 3/2/1 Kursus Peraturan Pertanding­an Jurulatih

Sukan Silat Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata ramai jaguh yang telah

EMY LATIP antara peserta kursus menerima sijil pencapaian daripada Kamarul.

mengukir nama di persada saingan antarabang­sa lahir dan didedahkan ilmu persilatan di Lahad Datu.

Antaranya, Emy Latip yang pernah mengharumk­an Malaysia di lima cabaran Sukan Sea iaitu di Vietnam tahun 2002 pingat perak, Filipina 2005 (perak), Thailand 2007, Vietnam 2008 (emas) dan Indonesia 2011 (gangsa).

Tidak hanya muncul pada cabaran Sukan Sea, Emy turut mencipta nama dalam pertarunga­n yang lebih mencabar apabila dia menggondol kejuaraan di Kejohanan Silat Terbuka Belgium dengan kalungan medal emas, Terbuka United Kingdom (emas) Terbuka Swiszeland (emas) dan terbuka Perancis (emas).

Rentetan kejayaan itu telah menobatkan­nya untuk menerima Anugerah Selendang Srikandi Tun Fatimah, satu anugerah berprestij dalam persilatan pada Majlis Santapan Diraja dan Anugerah Tokoh Persialata­n Srikandi Negara pada Mei 2017.

Siti Nur Khairunnis­a Hail juga kian mengorak langkah dengan mencipta kejayaan gemilang pada penyertaan­nya peringkat negeri dan kebangsaan dan terkini dalam acara regu Sujan Asia Jakarta Palembang. Dr Suharpi positif untuk menggerakk­an satu usaha Akademi Silat yang antaranya bertujuan membudayak­an silat dalam diri generasi muda melalui proses kejurulati­han yang lebih efisyen.

“Akademi itu nanti digerakkan secara teratur di mana pusat gerakannya nanti dipusatkan di satu tempat yang lengkap dengan kemudahann­ya.

“Pelancong boleh mengenali silat dengan lebih dekat bukan sahaja melalui aktiviti yang dijalankan malah pameran, persembaha­n, alatan iringan silat dan lain-lain akan lebih menarik mereka dengan seni warisan silat ini,” katanya.

Menurutnya lagi, yang menjadi keutamaan pada usaha ini adalah meletakkan seni budaya warisan silat di tempat yang sepatutnya kerana khuatir ianya akan dilupakan dan pupus di masa akan datang.

Pada program yang diadakan selama empat hari itu, seramai 29 peserta seluruh negeri Sabah menyertain­ya dengan kendalian dua fasilitato­r Pesaka, Kamarul Ariffin A. Latip dan Habizan Othman.

Perasmi, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Alam Sekitar Assaffal P. Alian yang diwakili Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dun Tungku Mahadir Sultan menyeru agar usaha memartabat­kan silat dijayakan bersama.

“Sebagai seni warisan bangsa, silat perlu diperkasak­an demi usaha membangunk­an negara.

“Untuk menjadi negara maju, perkasakan golongan belia dan itu boleh dicapai dengan membentuk disiplin jati diri melalui silat,” katanya.

Pada majlis itu, Mahadir menyempurn­akan penyampaia­n sijil kepada peserta yang kesemuanya berjaya menamatkan kursus dan ujian dengan pencapaian kelulusan yang membanggak­an.

 ??  ?? MAHADIR, Suharpi dan jemputan majlis bersama peserta kursus.
MAHADIR, Suharpi dan jemputan majlis bersama peserta kursus.
 ??  ??
 ??  ?? PENGHULU peserta, Suhaimi menerima sijil tamat kursus daripada Kamarul.
PENGHULU peserta, Suhaimi menerima sijil tamat kursus daripada Kamarul.
 ??  ?? SUHARPI menyampaik­an cenderaken­angan kepada Mahadir.
SUHARPI menyampaik­an cenderaken­angan kepada Mahadir.
 ??  ??
 ??  ?? SUHARPI ketika berucap pada majlis itu.
SUHARPI ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia