Utusan Borneo (Sabah)

Badminton terbuka Sandakan 22 – 23 Disember

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan (PBBS) akan menganjurk­an Kejohanan Badminton Terbuka Sandakan 2018 Piala Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarnsin Taib pada 22 dan 23 Disember (Sabtu dan Ahad) depan, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan di sini.

Setiausaha PBBS, Jaiman Lumak berkata, tiga acara yang dipertandi­ngkan ialah beregu lelaki terbuka (BLT), beregu campuran umur 90 tahun dan ke atas (BLCU90+) dan juga beregu lelaki novis (BLN) tertutup untuk bahagian/zon Sandakan sahaja.

Katanya, acara beregu lelaki terbuka dan beregu campuran umur 90 tahun adalah terbuka kepada semua pemain di Sabah (Malaysia) atau luar negara, manakala bagi acara begergu lelaki novis hanya boleh disertai oleh para pemain dari Bahagian Sandakan iaitu daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid sahaja.

Bagaimanap­un, katanya pihak penganjur kejohanan ini telah menetapkan beberapa syarat tambahan dengan menyenarai­kan 15 nama pemain yang tidak dibenarkan bermain bagi acara beregu lelaki novis.

Mereka ialah Chong Kien Hung, Sunny Lee, Chan Kok Kee, Cheong Men Wah, Eric Borhyne, Rosdi Rosli, Alvin Yap, Jaykester Jenenius, Amcvin, Raychel Roy, Mark William, Alif Junior, Mohd Alkam, Adlin Asmat dan Mohd Aliffudin.

Selain itu, seramai 26 pemain turut disenaraik­an sebagai ‘boleh menyertai kejohanan itu tetapi tidak boleh berpasanga­n’ dalam satu pasukan beregu.

Mereka ialah Adzly Kassim, Azmie Zinin, Asri Kadir, Faridun Kassim, Jasman Jawase, Tony Wong Jia How, Mohd Faizal Kassim, Iskandar Maya, Fino, Rosley Hassan, Azmain Nainty, Rehom dan Anderson.

Turut disenaraik­an tidak boleh berpasanga­n ialah Charlson, Sudirman, Mohd Al-Amin, Mohd Riduan Oting, Mohd Saharuddin Oting, Kamaruddin Massa, Jonatan Miun, Jonathan Ho, Joshua Ho, Nazri Juita, Mohd Sharil, Abdul Khamis Itin dan Ramli.

Jaiman menjelaska­n, para pemain terbabit merupakan pemain yang pernah menjuarai acara beregu lelaki novis pda kejohanan peringkat daerah, bahagian atau negeri sebelum ini, atau meraih kemenangan (johan, naib johan atau memasuki separuh akhir) di peringkat negeri atau kebangsaan dalam pelbagai acara.

“Ini bertujuan bagi mewujudkan persaingan yang lebih terbuka, selain memberi peluang kepada para pemain baharu atau pemain lain untuk meraih kemenangan pada kejohanan berprestij itu nanti,” kata Jaiman yang juga pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon Telupid.

Katanya, semua pemenang kejohanan itu akan menerima hadiah berupa medal dan wang tunai keseluruha­n berjumlah RM6,300.

Johan acara beregu lelaki terbuka bakal menerima wang tunai RM1,500, naib johan RM800 dan ketiga bersama (tewas separuh akhir) masingmasi­ng menerima RM300.

Bagi acara beregu lelaki (campuran umur 90 tahun) terbuka dan beregu lelaki novis tertutup bahagian Sandakan, johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM800, naib johan RM500 dan ketiga bersama masing-masing meraih RM200.

Yuran penyertaan ialah RM80 bagi acara beregu lelaki terbuka dan RM60 bagi acara beregu lelaki campuran umur 90 tahun dan juga beregu lelaki novis.

Jaiman menambah, kejohanan tersebut dilaksanak­an sebagai salah satu langkah dan usaha menarik lebih ramai bumiputera khasnya golongan remaja untuk bergiat aktif dalam sukan badminton di Bahagian Sandakan khasnya dan di Sabah amnya.

“Selain itu, kejohanan kali ini juga bertujuan menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi dan gagasan pemimpin negara Malaysia baharu,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, kejohanan yang bertemakan ‘Pencapaian Tanpa Batas’ itu diharap dapat mencungkil bakat-bakat baharudala­msukanbadm­inton khususnya dalam kalangan remaja bumiputera, selain menggalakk­an interaksi dan perpaduan melalui sukan.

Beliau menambah, objektif lain penganjura­n kejohanan itu ialah menyatupad­ukan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera khasnya di daerah atau bahagian Sandakan.

Selain itu, ia juga menggalakk­an interaksi dan perpaduan melalui sukan dalam kalangan masyarakat, di samping menjadikan sukan badminton sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, sekali gus menghindar­i gejala negatif khasnya dalam kalangan remaja.

Katanya, majlis perasmian kejohanan itu dijangka disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarnsin Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-gum, Sandakan.

Tarikh tutup penyertaan untuk menyertai kejohanan itu ialah pada 19 Disember ini, jam 12 tengah hari.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubung­i Presiden PBBS, Ahmad Musa (019-833 3610 / 089-220 897) di Kedai Sabah Kain Cantik, Bandar Sandakan atau Setiausaha Kejohanan, Susan Lim (012866 8612) atau Nor Ashriah Haji Ashmad (017-832 5754) di Pejabat Unit Letak Kereta, Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

Orang ramai khususnya para peminat sukan badminton dan masyarakat di sekitar daerah Sandakan adalah dijemput hadir menyaksika­n dan memeriahka­n kejohanan tersebut.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan (PBBS) bersama Arunarsnsi­n (duduk tengah), Jaiman Lumak (tiga kiri) dan Presiden PBBS Ahmad Musa (empat kiri) serta Susan Lim (duduk dua kiri).
AHLI Jawatankua­sa Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan (PBBS) bersama Arunarsnsi­n (duduk tengah), Jaiman Lumak (tiga kiri) dan Presiden PBBS Ahmad Musa (empat kiri) serta Susan Lim (duduk dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia