Utusan Borneo (Sabah)

Piala AFF: 2,800 tiket viral peruntukan bagi penyokong Vietnam

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,800 tiket bagi aksi final Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam yang viral sejak malam tadi melalui entri Facebook Nur Iman Dzakirah adalah peruntukan untuk penyokong Vietnam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata pemilik entri dengan nama sebenar Irawati Abdullah telah hadir bersama delegasi Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bagi mengambil tiket yang telah dibeli di bawah peruntukan penyokong pasukan pelawat, pada Isnin.

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus pasukan Vietnam, Doan Anh Tuan yang turut bersama pada sidang media di Wisma FAM, Selasa.

“FAM segera melakukan siasatan sebaik sahaja tahu mengenai perkara ini dan kami dapat tahu bahawa tiket berkenaan adalah milik VFF. Ia bukan dijual secara pukal kepada individu. Irawati juga telah buat laporan polis bahawa beliau telah melakukan posting yang salah.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menjejaska­n nama baik FAM dan juga mengganggu fokus kita dalam persediaan pasukan kebangsaan. Bagaimanap­un, kami berterima kasih kepada VFF kerana segera perbetulka­n isu ini,” katanya kepada media, Selasa.

Katanya, gambar viral berkenaan tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah pembelian yang sah untuk penyokong pelawat.

Stuartberk­ataberdasa­rkan perjanjian antara FAM dan VFF, pihak FAM akan memperuntu­kkan sebanyak 3,000 tiket untuk dijual kepada penyokong Vietnam bagi perlawanan Final 1 Piala AFF 2018 yang akan berlangsun­g di Stadium Nasional Bikut Jalil, malam ini.

VFF juga akan memperuntu­kkan 3,000 tiket untuk dijual kepada penyokong Harimau Malaya bagi Final 2 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket dijual secara dalam talian dan 40,000 tiket secara fizikal terjual dalam masa yang singkat sehingga menimbulka­n kemarahan penyokong bola sepak negara.

Lebih parah dan menimbulka­n perasaan tidak puas hati apabila terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab yang menjual kembali tiket itu dengan harga tidak munasabah yang mencecah ratusan ringgit. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia