Utusan Borneo (Sabah)

Peter yakin ada penyelesai­an

SAFA tentukan nasib skuad Sabah hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN (duduk di tengah) bersama pemain di SAFA pada Selasa.

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dijangka akan membuat keputusan penting hari ini terutama berhubung masalah pembentuka­n skuad LigaPremie­rbagimengh­adapi saingan Liga Malaysia musim depan dan isu pentadbira­n.

Ia kerana Safa tiada pilihan dengan tarikh akhir mendaftar penyertaan skuad Sabah ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah esok (Khamis).

“Beberapa isu utama perlu diselesaik­an segera sebelum kita meneruskan langkah seterusnya. Ia bergantung kepada hasil Mesyuarat Gabungan Safa (Kongres Luar Biasa SAFA hari ini).

“Apapun saya yakin akan ada keputusan yang menjurus kepada penyelesai­an masalah yang ada,” kata Menteri

“Beberapa isu utama perlu diselesaik­an segera sebelum kita meneruskan langkah seterusnya. Ia bergantung kepada hasil Mesyuarat Gabungan Safa ” (Kongres Luar Biasa SAFA hari ini).

DATUK PETER ANTHONY

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony yang telah diberi lampu hijau oleh Ketua Menteri untuk menerajui badan induk bola sepak Sabah itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebelum mengadakan pertemuan dengan pemain di pejabat SAFA di MAKSAK Likas dekat sini pada Selasa.

Sebelum itu beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjay­a Sukan yang dikatakan antara lain

membincang­kan perkara berhubung perlembaga­an SAFA.

Antara agenda utama Kongres Luar Biasa hari ini adalah berhubung pengisian jawatan Pemangku Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Pengurus dan Ketua Jurulatih skuad Liga Premier Sabah serta beberapa jawatan lain yang kosong ekoran perletakan jawatan beberapa Ahli Jawatankua­sa Eksekutif dan Majlis Tertinggi.

“Ada banyak isu yang perlu diselesaik­an dan ada yang sangat mendesak seperti pembentuka­n skuad Liga Premier serta pengisian beberapa kekosongan jawatan dalam pentadbira­n persatuan ekoran perletakan jawatan mantan penyandang­nya.

“Ada yang mempersoal­kan kononnya kita mahu mengambil-alih atau menyingkir­kan orang lama dalam persatuan ini. Ia tidak benar kerana persatuan ini memang ada kekosongan termasuk jawatan presiden ekoran perletakan jawatan mantan penyandang­nya.

“Kita cuma mengisi kekosongan dan mahu membantu menangani beberapa isu berkaitan seperti masalah kewangan termasuk menyelesai­kan gaji pemain yang telah tertunggak lima bulan,” kata Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Mengenai pertemuann­ya dengan pemain, Peter berkata, ia antara lain membincang­kan masa depan mereka bersama pasukan.

“Saya difahamkan ada antara mereka telah mendapat tawaran bermain untuk pasukan lain. Kalau boleh saya minta kita tutup lembaran lama. Kita buat pengurusan baharu dan saya yakin kita tidak akan ikut apa yang telah terjadi di masa lalu.

“Saya faham (keadaan para pemain), saya juga pemain bola dahulu. Kalau sudah tidak dibayar gaji bukan bola sudah ditendang tapi batu,” katanya.

Beliau berkata, kebajikan para pemain harus dijaga supaya ianya tidak akan mempengaru­hi corak persembaha­n mereka.

Sambil itu, Peter memberitah­u bahawa beliau sudah ada senarai pemain musim depan yang dicadangka­n mantan ketua jurulatih, Jelius Ating.

“Sekiranya kita dapat persetujua­n (daripada mesyuarat gabungan Safa) kita akan beraksi di Liga Premier musim hadapan. Tunggulah pengumuman esok,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia