Utusan Borneo (Sabah)

SWA penerima tertinggi insentif

-

KOTA KINABALU: Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah (SWA) mendahului­senaraipen­erima tertinggi insentif Kerajaan Negeri terhadap pencapaian atlet persatuan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa 2016 dan 2017.

SWAmenerim­aRM43,500 iaitu RM16,000 untuk pencapaian kebangsaan dan RM1,000 pencapaian antarabang­sa pada 2016 serta 26,500 untuk pencapaian kebangsaan pada 2017.

Antara penyumbang kejayaan SWA itu adalah Loro Wilkinson, Frenceay Titus, Marceeta Marylyne Marcus, Elly Cassandra, Rony Jesos, Kevdylan Wong, Fendylina Adim, Sheren Lueh, Caroline Joachim, Calixtus Daunis, Elvin Evister, Cliff Jamadin, Clifford Jamadin, Elma John, Nelcy Tunik, Junior Lius dan Dzulqarnai­n Abdullah.

Penerima kedua tertinggi adalah Persatuan Akuatik NegeriSaba­hiaituRM34,000 diikuti Persatuan Memanah Sabah RM29,400, Persatuan Skuasy Sabah RM24,650, Persatuan Muaythai Negeri Sabah RM19,750, Persatuan Karate Sabah RM6,900, Persatuan Berbasikal Sabah RM6,500, Persatuan Olahraga Sabah RM5,500, Persatuan Taekwondo Sabah RM5,200, Persatuan Badminton Sabah RM5,000, Persatuan Perahu Layar Sabah RM3,200, Persatuan Bina Badan Sabah RM2,900, Persatuan Tenpin Bowling Sabah RM2,300, Persatuan Hoki Sabah RM850, Persatuan Olahraga Master Sabah RM750, Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah RM600, Persatuan Catur Negeri Sabah RM500, Persatuan Tinju Amatur Sabah RM300, Persatuan Boling Padang RM210 dan Persatuan Sukan Bermotor Negeri Sabah RM200.

Jumlah keseluruha­n insentif untuk 20 persatuan sukan itu adalah RM194,010.

Insentif disampaika­n Menteri Belia Dan Sukan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung di Bilik Mesyuarat Utama di Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Wisma Muis dekat sini pada Selasa.

Turut bersama adalah Setiausaha­TetapKBSSa­bah, Datuk Awang Damit Awang Anak, Timbalan Setiausaha Tetap Ghulam Rasul Hafil, Pengarah MSN Sabah Terrance Edward Pudin dan Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), KH Tan.

Frankie berkata, pemberian insentif itu adalah skim hadiah kemenangan yang diberikan Kerajaan Negeri Sabah melalui kementeria­nnya dan disalurkan kepada MSN Sabah dan telah diadakan sejak 1987.

Beliau berharap, kejayaan atlet negeri ini dapat diteruskan dan membawa Sabah terus gemilang dalam melahirkan atlet bertaraf dunia dan mencapai hala tuju Pembanguna­n Sukan `Blueprint’ 2016-2030 KBS Sabah.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? FRANKIE (duduk di tengah) besama penerima insentif pencapaian atlet persatuan sukan di peringkat kebangsaan dan Antarabang­sa pada 2016 dan 2017 di KBS Sabah pada Selasa.
FRANKIE (duduk di tengah) besama penerima insentif pencapaian atlet persatuan sukan di peringkat kebangsaan dan Antarabang­sa pada 2016 dan 2017 di KBS Sabah pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia