Utusan Borneo (Sabah)

Valverde mahu ‘membantu’ Dembele realisasi potensinya

-

Jurulatih Barcelona Ernesto Valverde kelmarin berkata kelab itu mahu “membantu” pemain sayap Perancis Ousmane Dembele merealisas­ikan potensinya, selepas pemain muda itu melakukan kesalahan disiplin terbaharu.

Pemain berusia 21 tahun itu tiba dua jam lewat untuk latihan pada Ahad lepas dan terpaksa berlatih bersendiri­an dan kini berdepan dengan hukuman disiplin daripada juara La Liga itu.

“Sesuatu telah berlaku yang kita akan cuba selesaikan secara dalaman, dengan cara sebaik mungkin untuk membantu pemain itu kerana dia amat berbakat,” kata Valverde sebelum perlawanan menentang Tottenham dalam Liga Juara-Juara semalam.

“Apa yang kami mahukan ialah untuk membantuny­a, kerana dia muda. Dia mempunyai karier yang panjang di hadapannya, kami mahu mendapatka­n yang terbaik daripadany­a, kerana kami tahu apabila dia rasa bagus, dia dapat memberi banyak kepada kami.”

Dembele juga tidak bermain dalam satu perlawanan liga pada bulan lepas menentang Real Betis selepas tidak menyertai latihan.

Namun bekas pemain Borussia Dortmund itu, yang menjadi anggota skuad Perancis yang memenangi Piala Dunia di Rusia, membawa jumlah jaringanny­a dalam La Liga pada musim ini kepada enam apabila dia menjaringk­an gol dalam kemenangan tetangga 4-0 pada Sabtu lepas ke atas Espanyol, walaupun hanya bermain selama 90 minit sebanyak empat kali sahaja.

Pemain pertahanan tengah Clement Lenglet mempertaha­nkan rakan sepasukan dan rakan senegarany­a itu, dengan menyatakan prestasiny­a di atas badang mengatasi sebarang isu di luar padang.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Lenglet.

“Tetapi apa yang menarik minat saya sekarang mengenai Ousmane ialah apa yang dia buat di dalam padang, bagaimana dia membantu kami, dan dia melakukann­ya dengan sangat baik.”

Barcelona sudah layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara selaku pemenang Kumpulan B, dan Tottenham perlu menewaskan mereka di Camp Nou untuk memastikan mereka menyertai Barcelona pada peringkat kalah mati. — AFP

 ??  ?? PRESIDEN SWA Philip Gisan (kanan) bersama Pengarah MSN Sabah Terrance Pudin (tengah) dan jurulatih SWA Stephen Gampion selepas majlis penyampian insentif.
PRESIDEN SWA Philip Gisan (kanan) bersama Pengarah MSN Sabah Terrance Pudin (tengah) dan jurulatih SWA Stephen Gampion selepas majlis penyampian insentif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia