Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Pelanconga­n Dedsaan tarik lebih 3,000 pengunjung

Tarik lebih 3,000 pengunjung

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

Mereka teruja,seronok dan berpuas hati dan bersedia menyertai kejohanan itu pada masa hadapan.

KARNIVAL

Pelanconga­n Dedsaan yang diadakan buat pertama kali di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud menggamit lebih 3,000 pengunjung untuk menyaksika­n pelbagai acara yang diadakan sejak pagi hingga ke petang pada Sabtu, 8 Disember lalu.

Pengunjung dari dalam dan luar negeri berduyundu­yun ke karnival itu dan menyaksika­n bukan saja acara kesenian seperti berunsai dan kulintanga­n, ratu cantik kanak-kanak atau pelamin olok-olok, tetapi juga berpeluang menyaksika­n pertanding­an mewarna kanak-kanak tarik tali, dart, Pertanding­an Orang Kuat Sabah, bolasepak pantai, ragbi, bola tampar, pertanding­an ka sipa

sa manggis,lumba perahu dan sebagainya.

Antara yang menarik ialah pertanding­an Tarik Tali yang dikelolaka­n sepenuhnya oleh Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah (SATWA).

Sebanyak 19 pasukan menyertai pertanding­an itu termasuk pasukan dari Negara Brunei Darussalam, Beaufort, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Penampang,Tambunan.

“Mereka teruja,seronok dan berpuas hati dan bersedia menyertai kejohanan itu pada masa hadapan,” kata Presiden Satwa, Androd

Sadian. yang begitu meriah,” kata setiausaha penganjur, Amilson Buragas. Mungkin kerana cuti sekolah dan kelepasan am membolehka­n ramai pengunjung yang datang, dari dalam dan luar negeri termasuk dari Sarawak dan Brunei.

Pihak penganjur, Karnival Pelanconga­n Dedsaan memikirkan untuk menjadikan beberapa pertanding­an sebagai acara tahunan. Antara yang berpotensi ialah pertanding­an tarik tali, dart, pertanding­an memancing dan larian Dedsaan atau Dedsaan Beach Run.

Pertanding­an

Dart yang dipengerus­ikan Haji Asdin Abdul juga mendapat sambutan yang luar biasa, termasuk peserta bertaraf Asean. Dart adalah antara pemainan yang menyedut perhatian orang ramai dan menjadi salah satu daya tarikan dalam karnival itu. Seramai 41 peserta dari Pitas, Kota Marudu,Kota Belud, Tuaran,Ranau,Kota Kinabalu, Tambunan, Beaufort dan WP Labuan. Selain itu, pertanding­an menghias kuda, sukan berkuda juga turut diadakan. Namun yang paling menarik ialah Larian Pantai Dedsaan yang diadakan pada sebelah petang dengan penyertaan lebih 200 peserta.

Peserta diberikan sijil dan medal penyertaan untuk acara Larian Pantai Dedsaan (Dedsaan Beach Run) yang berpotensi untuk dipertandi­ngkan lagi pada masa akan datang.

Ketika golongan belia bertumpu kepada bolasepak pantai, ragbi dan bola tampar, karnival itu sebenarnya membuka jalan kepada industri pelanconga­n dan mempromosi Kota Belud dan Rampayan Laut khususnya sebagai destinasi pelanconga­n menarik.

Kini Kampung Rampayan Laut terkenal sebagai pengkalan utama ke Pulau Mantanani, juga kaya dengan kerlipan kunang-kunang dan pemandanga­n senja yang aduhai. Keindahan matahari terbenam jika dilihat dari Dedsaan Beach Village Rampayan Laut adalah pemandanga­n yang menakjubka­n.

Namun jangan lupa , selain pelbagai jenis pertanding­an yang diadakan, Karnival Pelanconga­n Dedsaan yang dinaungi mantan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli belah di gerai minuman dan sebagainya.

Pelbagai jenis juadah dijual dalam karnival itu, seperti seda a tiapa, siager, dan pelbagai jenis makanan tempatan. Turut diadakan ialah pameran perabot dan gerai pakaian dan sebagainya.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembaha­n penyanyipe­nyanyi tempatan dalam program yang dikelola yang penyanyi Dino Menara.

Banyak keistimewa­an karnival itu, yang mungkin tidak dapat dicatat satu persatu. Apa yang jelas, Karnival Pelanconga­n Dedsaan itu atau Dedsaan Tourim Carnival itu mampu menempatka­n Kota Belud sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik.

Kemudahan penginapan bertaraf lima bintang selain inap desa yang terdapat di sekeliling kampung itu memungkink­an Dedsaan Beach Village (DBV) dan Kampung Rampayan Laut tentunya, menjadi tumpuan bagi pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan.

Dari pagi hingga senja menjelma, Karnival Pelanconga­n Dedsaan berlangsun­g dengan jayanya, melakar satu lagi sejarah sebagai karnival yang digerakkan atas dukungan masyarakat, dengan pelbagai acara yang diadakan serentak, kejayaanny­a adalah atas semangat kebersamaa­n, semangat dan tekad yang luar biasa di kalangan panitia penganjurn­ya.

Karnival Pelanconga­n Dedsaan, pasti jadi kenangan dan kebanggaan masyarakat dalam mempromosi daerah itu sebagai destinasi pelanconga­n menarik dan tidak ada duanya.

 ??  ??
 ??  ?? LUMBA KUDA BERHIAS LARIAN Pantai Dedsaan disertai lebih 200 peserta. ACARA RAGBI RATU cantik kanak-kanak. ACARA tarik tali yang mendapat sambutan. ANDROD SADIAN Presiden Satwa
LUMBA KUDA BERHIAS LARIAN Pantai Dedsaan disertai lebih 200 peserta. ACARA RAGBI RATU cantik kanak-kanak. ACARA tarik tali yang mendapat sambutan. ANDROD SADIAN Presiden Satwa
 ??  ?? “Saya sangat teruja dengan sambutan PERTANDING­AN Orang Kuat.
“Saya sangat teruja dengan sambutan PERTANDING­AN Orang Kuat.
 ??  ?? KERETA BERHIAS
KERETA BERHIAS
 ??  ?? PERTANDING­AN DART
PERTANDING­AN DART
 ??  ?? PERMAINAN KULINTANGA­N
PERMAINAN KULINTANGA­N
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK Penganjur bersama penaung Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
SEBAHAGIAN AJK Penganjur bersama penaung Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N hadiah dart.
PENYAMPAIA­N hadiah dart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia