Utusan Borneo (Sabah)

Curi di pasar raya: Nelayan kena setahun, denda RM1,000

Cuba mencuri di dalam pasar raya

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang nelayan yang cuba mencuri di dalam sebuah pasar raya dikenakan penjara setahun dan denda RM1,000, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Ibno Hashim Asmad, 39, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas mengaku salah mengikut Seksyen 380 dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Disember jam 5.30 petang di pasaraya Servay KK Plaza di sini.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan penjara selama enam bulan dilanjutka­n terhadap Ibno.

Berdasarka­n fakta kes yang dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit, laporan polis dibuat pengadu yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di pasar raya itu berkenaan dengan kejadian terbabit.

Semasa pengadu bekerja, beliau melihat tertuduh berada dalam keadaan yang mencurigak­an memasukkan sebotol cecair kumur ke dalam beg sandang miliknya, lalu berjalan menghampir­i tangga.

Pengadu juga melihat tertuduh membuang beg berkenaan dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan pengadu.

Hasil pemeriksaa­n didalam beg berkenaan, didapati sebanyak dua botol cecair kumur dan 47 bungkus coklat semuanya bernilai RM407.29.

Semasa rayuan, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon tertuduh dikenakan hukuman yang ringan.

Selain itu, tertuduh yang hanya mendapat pendidikan setakat tingkatan tiga perlu menanggung isteri dan anakanakny­a.

Bagaimanap­un Suzie meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

 ??  ?? IBNO (tengah) ketika di luar mahkamah.
IBNO (tengah) ketika di luar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia