Utusan Borneo (Sabah)

Bas bawa pelancong Korea terbalik di Kota Belud

Laksana program pembasmian kemiskinan

- (kanan) menyambut ketibaan Shafie di majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM14 juta kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) bagi melaksanak­an program pembasmian kemiskinan di Sabah tahun depan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, secara keseluruha­nnya dalam Bajet 2019, kementeria­nnya diberikan peruntukan pembanguna­n sebanyak RM94,357,000.

“Ini merangkumi Projek Pembanguna­n Kecil sebanyak RM4,500,000; Program Ameniti dan Ekonomi Desa RM867,000; Program Satu Daerah Satu Produk RM1,170,000; Program Pembanguna­nUsahawanD­esa RM2,100,000; Peruntukan Khas kepada Adun-Adun dan Menteri-Menteri/ Pembantu-PembantuMe­nteri RM71,720,000; dan Program Pembasmian Kemiskinan RM14,000,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n PegawaiPeg­awai Daerah Seluruh Sabah, yang disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini pada Isnin.

Ewon berkata, walaupun jumlah itu mungkin agak kecil jika dibandingk­an dengan cabaran sebenar kerajaan mengangkat penyelesai­an keperluan pembanguna­n luar bandar, namun yang penting adalah memperkena­lkan projek-projek kecil luar bandar yang berimpak tinggi secara langsung kepada komuniti luar bandar.

“Kita juga perlu bekerjasam­a dengan pelbagai kementeria­n serta agensi dan jabatan kerajaan yang lain, terutama KPLB Persekutua­n supaya komuniti luar bandar mendapat manfaat sebaik yang mungkin.

“Yakinlah bahawa tidak ada hadiah yang lebih baik Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

di atas perjuangan dan perkhidmat­an kita selain doa daripada rakyat yang merasai hasil perkhidmat­an kita,” katanya.

Beliau juga berharap agar lebih banyak peruntukan disalurkan untuk pembanguna­n luar bandar pada tahun depan dan tahuntahun seterusnya.

Ewon berkata selari dengan perkembang­an teknologi maklumat masa kini, maka ada keperluan untuk mengadapta­sikan aplikasi teknologi maklumat dengan lebih baik terutamany­a dalam penyediaan profil daerah dan kampung secara online.

“Walaupun pada masa ini, pejabat-pejabat daerah mempunyai laman web masing-masing, tetapi saya percaya bahawa kualiti kandungan terutama aplikasi digital berkaitan pengurusan maklumat profil kampung yang lebih komprehens­if dapat membantu kerajaan melalui kementeria­n ini untuk merancang bajet pembanguna­n luar bandar.

“Seiring dengan ini, kementeria­n dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah sedang memuktamad­kan ‘template’ bagi pembanguna­n aplikasi digital profil kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berharap agar template itu dapat dimuktamad­kan pada penghujung tahun ini dan seterusnya dapat dibangunka­n pada awal tahun depan.

“Dalam hal ini, kerjasama semua pejabat daerah adalah sangat penting supaya dapat menyelaras­kan tindakan bersama MPKK di daerah masing-masing bagi mengisi maklumat digital profil kampung,” katanya.

Menurut Ewon pembanguna­n profil kampung secara digital adalah penting kerana ia merupakan sumber maklumat asas bagi setiap perancanga­n pembanguna­n di kampung berkenaan, seterusnya di setiap daerah.

“Saya difahamkan satu taklimat khas akan diadakan kepada semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah sebelum program ini dilancarka­n. Data digital melalui aplikasi ini kelak akan menjadi sumber maklumat rasmi kepada Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Mengenai Program Turun Padang, Ewon berkata dalam merealisas­ikan aspirasi kerajaan untuk mempermuda­h,mempercepa­t serta merakyatka­n perkhidmat­an kerajaan, kementeria­nnya komited ke arah pelaksanaa­n pentadbira­n melalui program itu.

Objektifny­a lebih kurang samadengan­teoridalam­bidang pengurusan perniagaan, iaitu ‘Management by WalkAbout’.

“Sejak menerajui kementeria­n ini, saya bersama kedua-dua pembantu menteri, para pegawai kanan KPLB Sabah dan KPLB Persekutua­n telah melawat ke beberapa

“Kita juga perlu bekerjasam­a dengan pelbagai kementeria­n serta agensi dan jabatan kerajaan yang lain, terutama KPLB Persekutua­n supaya komuniti luar bandar mendapat manfaat sebaik yang mungkin. DATUK EWON BENEDICK

daerah termasuk kampungkam­pung yang terpencil.

“Minggu lepas sahaja, kami meluangkan masa tiga hari melawat Nabawan dan Pagalungan bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat dan mengambil tindakan terhadap rintihan mereka untuk dibawa ke kementeria­n atau jabatan berkaitan.

“Malah, setiap kali terdapat isu besar yang saya dapati melalui program turun padang ini, saya akan maklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

 ??  ?? EWON
EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia