Utusan Borneo (Sabah)

UTHM menang anugerah utama di Seoul Internatio­nal Invention Fair

-

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) melancarka­n program Microcrede­ntial Kemalangan Perjalanan 1.0, kursus dalam talian secara percuma bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kemalangan perjalanan.

Pengarah program, Prof Madya Dr Lilis Surienty Abdul Talib berkata melalui program itu masyarakat diharap dapat memahami kemalangan perjalanan dengan lebih mendalam di samping meningkatk­an kompetensi dan kemahiran dari aspek keselamata­n semasa bekerja.

“Kursus keselamata­n jalan raya secara percuma dalam talian ini adalah lebih singkat dan fleksibel kerana kita hendak sesiapa sahaja boleh mengakses kursus ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di George Town pada Isnin.

Beliau berkata menurut laporan yang telah dilaksanak­an oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), tahap implementa­si berkaitan kesihatan dan keselamata­n pekerja adalah sangat rendah.

Lilis Surienty berkata USM turut menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) dalam usaha mencegah kemalangan perjalanan dalam kalangan belia menerusi penganjura­n Seminar Kemalangan Perjalanan Untuk Belia 2018.

Beliau berkata seminar sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan mengenai aspek keselamata­n pekerjaan di jalan raya.

“Secara umumnya laporan Perkeso menunjukka­n peningkata­n kematian melibatkan pekerja di bawah industri SME yang sangat kritikal. Hal ini kerana mangsa kemalangan yang melibatkan pekerja PKS terdiri daripada golongan belia berumur 25 tahun hingga 34 tahun,” katanya.

Kemalangan perjalanan merujuk kepada kemalangan yang berlaku sewaktu seseorang pekerja itu dalam perjalanan ke tempat kerja, urusan kerja di lapangan, serta kemalangan sewaktu perjalanan ketika pekerja keluar pada waktu rehat.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus kemalangan perjalanan tersebut boleh melayari laman sesawang www. learning4l­ife.usm.my atau www.openlearni­ng.com.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia