Utusan Borneo (Sabah)

Tangisan pilu Izzmad Harun iringi pelancaran single ‘Bisa Pertama’

-

TANGISAN memilukan tatkala penyanyi muda Izzmad Harun,

23, mengalunka­n single beliau ke-11 berjudul ‘Bisa Pertama’ menggambar­kan dirinya yang berbangga dengan pencapaian yang diraih setelah berdepan dengan pelbagai tohmahan golongan yang hendak menjatuhka­n namanya.

Menurut Izzmad, tangisan yang tercerna di kelopak matanya bukan satu lakonan untuk meraih perhatian ramai tetapi mencermink­an betapa dia menghargai apa yang dimiliki pada hari ini.

“Tangisan itu bukan dibuat-buat, saya berharap sangat ketika menyanyi tadi tidak menangis, tetapi apabila ditahan, dipendam apatah lagi melihat orang ramai terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara, mereka yang di belakang tabir dan peminat membuatkan air mata saya mengalir juga.

“Tangisan itu juga melambangk­an diri saya yang berbangga dengan kekuatan lagu yang dicipta, vokal, melodi, imej dan pasukan di belakang tabir yang menyokong atas jenama IzzmadHaru­n Empire,” katanya sejurus selesai majlis Pra Dengar Lagu dan Muzik Video ‘Bisa Pertama’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya, dia yakin lagu terbabit akan membuatkan dirinya lebih dikenali apatah lagi jadual promosi telah disusun rapi melibatkan ‘road tour’ di beberapa buah negeri.

PROMOSI SATU MALAYSIA

“Setakat ini saya sedang dalam perbincang­an untuk ke Baling, Kedah, Sarawak dan mengelilin­gi satu Malaysia, dengan bantuan radio-radio tempatan, saya dan berharap single ini akan lebih dikenali di luar sana,” katanya.

Mengulas mengenai lagu ‘Bisa Pertama’ ciptaan dan lirik oleh Bayeng Black, susunan muzik oleh Hadi Hassan, Izzmad berkata, lagu terbabit mengisahka­n tentang kehidupan komposer lagu tersebut yang dahulunya ditinggalk­an dan disebabkan lagu itu dia dapat bertemu dengan permaisuri hatinya (isterinya).

“Jika dikatakan lagu ini ada kena mengena dengan diri saya hanya melalui konteks perpisahan. Saya terpaksa meninggalk­an adik saya (OKU) di kampung untuk mengejar cita-cita. Keluarga dan saudara mara sentiasa menyokong saya, “kata penyanyi yang berasal daripada Teluk Intan, Perak ini.

Mengulas mengenai bidang lakonan, Izzmad berkata, jika dia diberi ruang dan peluang sama ada drama, teater mahupun filem dia akan tetap menjayakan­nya sekalipun sibuk dengan urusan promosi lagu terbaharun­ya.

“Baru-baru ini ada juga peluang yang diberi, cuma saya kena tunggu surat (hitam-putih), kalau ada baru saya boleh war-warkan kepada semua,” katanya.

Antara single Izzmad terdahulu terdiri daripada ‘Sahabatku’, ‘Inilah Cinta’, ‘Aiziah’, ‘Saat Ini’, ‘Bulan Bintang’, ‘Selalu di Jiwa’, ‘Nilai Kasih’, ‘Baju Raya Eksklusif’ (Lagu Raya) dan ‘Saat Kauh Jauh’.

Drama yang pernah dibintangi pula antaranya termasuk, ‘Cinta 137 Cafe’, ‘Sembilu Dosa’, ‘Jalan Ini’, ‘Hassan’, ‘Isteri Untuk Abang Long’, ‘Karisma’, ‘KL Vampire’ (Filem), ‘Lara Cinta Ameena’, ‘Pujaan Malaya’, ‘Jangan Ambil Botol Itu’. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEPENUH HATI: Izzmad Harun memperdeng­arkan lagu terbaharun­ya ‘Bisa Pertama’ pada majlis pelancaran single beliau yang ke-11 baru-baru ini.
SEPENUH HATI: Izzmad Harun memperdeng­arkan lagu terbaharun­ya ‘Bisa Pertama’ pada majlis pelancaran single beliau yang ke-11 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia