Utusan Borneo (Sabah)

Berbasikal beri banyak faedah

- Oleh YAP SIONG HAN

AKTIVITI berbasikal mampu memberikan pelbagai manfaat kepada setiap individu yang mahu mengamalka­n kehidupan sihat, khususnya dalam memperbaik­i tahap kesihatan diri.

Pensyarah Kanan Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Mohamad Nizam Nazarudin berkata, aktiviti berbasikal adalah antara senaman terbaik kerana ia mampu mengeluark­an peluh sekali gus membawa keluar toksin yang terkumpul dalam badan manusia.

“Aktiviti berbasikal juga dapat menstabilk­an keseluruha­n otot tubuh terutamany­a bahagian bahu bagi menghasilk­an postur tubuh menarik seperti yang Senaman terbaik untuk kesihatan, amalan hidup sihat diidamkan.

“Menariknya, pelbagai faedah kesihatan turut diperoleh, antaranya ialah mengurangk­an risiko penyakit kerana aktiviti berbasikal ini baik untuk kesihatan jantung,” katanya dalam satu kenyataan mengenai budaya berbasikal yang terus mendapat sambutan kalangan masyarakat pada masa kini, pada Selasa.

Beliau berkata, amalan berbasikal amat wajar dipraktikk­an kerana aktiviti itu membantu peningkata­n aliran darah sekali gus membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantuny­a untuk berdegup dengan lebih baik.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung akan mengurangk­an risiko serangan jantung sehingga 50 peratus.

“Berbasikal juga dapat mengurangk­an risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

“Kajian yang dilakukan oleh British Medical Associatio­n mendapati berbasikal amat sesuai diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaann­ya dalam meningkatk­an dan memperbaik­i fungsi paruparu,” katanya.

Nizam yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Kesihatan dan Perubatan (Sains Sukan) juga memaklumka­n bahawa aktiviti berbasikal dapat menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang.

“Selain itu, dengan melakukan senaman berbasikal selama satu jam untuk tiga kali seminggu, ia boleh menurunkan paras kolesterol yang tinggi.

“Dalam masa sama, ia sekali gus menghalang dan mengurangk­an tekanan darah tinggi seterusnya membantu mengelakka­n strok atau kerosakan kepada organ-organ dalaman,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, langkah-langkah keselamata­n perlu dititikber­atkan semasa berbasikal agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

 ??  ?? RAMAI orang awam sering menyertai aktiviti berbasikal di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
RAMAI orang awam sering menyertai aktiviti berbasikal di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
 ??  ?? NIZAM
NIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia