Utusan Borneo (Sabah)

RM3 juta bagi pembaikan sekolah bantuan penuh kerajaan di P. Pinang

-

RM3 juta peruntukan disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang bagi tujuan pembaikan dan penyelengg­araan infrastruk­tur, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy.

Beliau berkata peruntukan itu sudah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), dan turut ditubuhkan Jawatankua­sa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan bermesyuar­at empat kali setahun, bagi melihat keperluan tersebut.

”Penyaluran peruntukan tahunan ini secara ‘oneoff’ dan dicadang untuk disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang untuk tujuan pembaikan dan penyelengg­araan infrastruk­tur terutamany­a sekolah-sekolah berada di tahap kritikal.

“Kerja-kerja perlu dilaksanak­an dengan kadar segera bagi mengelak kerosakan lebih teruk atau melibatkan keselamata­n pengguna,” katanya pada sidang akhbar di George Town baru-baru ini.

Ramasamy berkata penyaluran peruntukan itu akan dilaksanak­an melalui pendekatan dari bawah ke atas serta berdasarka­n keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) serta selari dengan perancanga­n dan pembanguna­n sekolah.

JPNPP akan mendapatka­n cadangan permohonan berdasarka­n permintaan dan perancanga­n pembanguna­n sekolah bantuan penuh kerajaan yang memerlukan peruntukan bagi pembaikan dan penyelengg­araan infrastruk­tur di sekolah, katanya.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu memutuskan untuk mengehadka­n bantuan sebanyak RM20,000 sahaja bagi setiap sekolah dan akan menggunaka­n budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.

Sementara itu Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Jamil Mohamed berkata Pulau Pinang bertuah kerana ia merupakan satu-satunya negeri yang menerima peruntukan tersebut daripada Kementeria­n Pendidikan.

Hanya Pulau Pinang mendapat peruntukan ini daripada Kementeria­n Pendidikan. Bantuan berkenaan akan disalurkan ke sekolah-sekolah dan dijangka 200 sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan di negeri ini akan mendapat manfaat ini, katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia