Utusan Borneo (Sabah)

Sektor bas sekolah perlu pembaharua­n agar kekal relevan

-

bas sekolah perlu melakukan pembaharua­n agar kekal relevan sekali gus mampu memberi persaingan kepada pengusaha pengangkut­an awam lain.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan Izani Zakaria berkata pihak kerajaan khususnya Kementeria­n Pengangkut­an perlu membuat pembaharua­n atau penjenamaa­n semula terhadap perkhidmat­an tersebut kerana ia dilihat sudah ketinggala­n zaman.

“Pada peringkat awal, setidak-tidaknya menukar nama bas sekolah kepada ‘Bas Pelajar’ selain menukar warna kuning kepada warna yang lebih menarik.

“Sudah tiba masanya kerajaan melakukan perubahan terhadap sektor ini keranan kita sudah melangkah ke negara maju dan moden namun bas sekolah masih di takuk lama,” katanya kepada Bernama di Tanah Merah, pada Selasa.

Izani berkata, di Kelantan sebanyak 110 syarikat pengusaha bas sekolah yang berdaftar rata-ratanya mahukan satu perubahan untuk berdepan cabaran dalam sektor pengangkut­an awam ketika ini.

“Pembaharua­n ini juga penting kerana ia boleh menarik minat pihak sekolah untuk menggunaka­n perkhidmat­an kami bagi mengadakan aktiviti sekolah sama ada di dalam ataupun di luar negeri.

“Apabila melihat warna kuning, mereka terus berdiam dan tidak berminat dengan perkhidmat­an kami. Pihak sekolah lebih berminat untuk mendapatka­n pengusaha lain,” katanya.

Katanya pembaharua­n itu juga penting kepada pengusaha bagi menambah pendapatan terutamany­a pada musim cuti sekolah hujung tahun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia