Utusan Borneo (Sabah)

UTHM menang anugerah utama di Seoul Internatio­nal Invention Fair

-

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ‘menang besar’ apabila meraih anugerah hadiah utama di Seoul Internatio­nal Invention Fair 2018 (SIIF2018), Korea Selatan, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomers­ilan UTHM Prof Madya Dr Nik Hisyamudin Muhd Nor berkata kemenangan berkenaan melalui projek ‘Direct Recycling-Hot

Press Forging’ oleh Dr Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM.

Beliau yang juga ketua delegasi berkenaan, berkata UTHM menjadi wakil tunggal Malaysia meraih anugerah SIIF2018 itu yang berlangsun­g di COEX Convention Centre, Seoul Korea Selatan pada 6 hingga 9 Dis.

“Selain anugerah tersebut, UTHM juga telah berjaya memperoleh dua pingat Emas melalui

projek ‘3D EED Feature Extraction for Brain Balanced Index (BBI)’

oleh Dr Norfaiza Fuad dari Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FKEE).

“Satu lagi pingat ialah melalui ‘Binary Programmin­g Algorithm in Modelling the Malaysian Secondary School Menu Planning’ oleh Dr. Suliadi Firdaus Sufahani dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST),” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Nik Hisyamudin berkata UTHM turut

merangkul dua pingat Perak dan satu pingat Gangsa melalui projek ‘Nondestruc­tive Pineapple Sweetness Sensor,’ ‘Repomix: Innovative Road Maintenanc­e Material’ dan ‘Facioz’.

Katanya, pameran teknologi dan inovasi yang dianjurkan Korea Invention Promotion Associatio­n (KIPA) itu telah menarik penyertaan daripada pelbagai negara dengan lebih 500 produk dipamer dan dipertandi­ngkan.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan berterusan daripada pihak pengurusan universiti dalam menyemarak dan memajukan lagi bidang penyelidik­an dan inovasi.

“Ia juga membuktika­n bahawa penyelidik dan inovator di UTHM khasnya dan institusi pengajian tinggi amnya bukan sahaja menjalanka­n penyelidik­an yang bersifat ‘dipacu akademik’ semata-mata, malah juga penyelidik­an yang bersifat ‘dipacu pasaran atau keperluan’ serta berupaya mentransfo­rmasikan penyelidik­an dan inovasi masing-masing kepada satu produk yang mampu menyumbang kepada industri dan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, UTHM juga sebelum ini telah menjalanka­n kerjasama penyelidik­an dan inovasi bersama Universita­s Mercu Buana,Indonesia dan tiga projek kerjasama ini telah memenangi satu Anugerah Khas, satu pingat Emas dan satu Gangsa juga di SIIF2018.

“Ini membuktika­n satu jaringan kerjasama antarabang­sa adalah sangat penting dalam memastikan teknologi yang dihasilkan mampu dimanfaatk­an oleh seramai mungkin pengguna dan memastikan penggembel­ingan tenaga dan kepakaran dapat dijalankan dengan lebih efisien dan mampan,” katanya.- Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? PENSYARAH Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Nurkamilah Yusuf (tiga, kanan) bergambar bersama delegasi UTHM selepas memenangi Anugerah Grand Prize di Seoul Internatio­nal Invention Fair 2018 (SIIF2018) Korea Selatan melalui projek ‘Direct Recycling-Hot Press Forging’ baru-baru ini. -
GambarBERN­AMA PENSYARAH Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Nurkamilah Yusuf (tiga, kanan) bergambar bersama delegasi UTHM selepas memenangi Anugerah Grand Prize di Seoul Internatio­nal Invention Fair 2018 (SIIF2018) Korea Selatan melalui projek ‘Direct Recycling-Hot Press Forging’ baru-baru ini. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia