Utusan Borneo (Sabah)

Adun Balung ulangi hasrat wujudkan kampung budaya

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal percaya Kg Balung Cocos Tawau berpotensi untuk dibangunka­n sebagai perkampung­an budaya di negeri ini.

Keyakinan itu diluahkann­ya berikutan kampung itu didiami masyarakat kaum Cocos yang terkenal dengan keunikan budaya dan adat resam mereka yang tersendiri.

“Budaya dan adat resam masyarakat Cocos sukar ditemukan di kawasan lain,” katanya semasa merasmikan Majlis Malam Mesra Ria Persatuan Cocos Sabah (Pecos) di sini.

Osman menaruh harapan sekiranya perkara itu dapat direalisas­ikan, Kg Balung Cocos berupaya menjadi satu lagi pusat tarikan pelanconga­n di daerah ini.

Sempena majlis itu, turut diraikan kontinjen dari tujuh cawangan Pecos di seluruh Sabah yang mengambil bahagian dalam Sukan Pecos Kali ke-4.

Hadir sama, Presiden Pecos Alipah Jakli serta pemimpinpe­mimpin setempat, masyarakat Kg Balung Cocos dan para peserta Sukan Pecos.

Terdahulu, semasa pembentang­an Bajet Negeri 2019 di Dewan Undangan Negeri pada bulan lepas, Osman mengusulka­n penempatan itu dijadikan sebagai kampung budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia