Utusan Borneo (Sabah)

Elak dengar khabar angin

Media harus lapor berita tepat, sahih dan sumber yang betul

-

SANDAKAN: Pengamal media harus melaporkan berita yang tepat dan elak mendengar khabar angin atau ‘cakap-cakap orang’ sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata seorang wartawan harus mempunyai rasa tanggungja­wab dalam melaporkan berita sahih dan berlandask­an fakta dan sumber yang betul.

“Pengamal media seharusnya­menjalanka­ntugas sesuai dengan peranannya dalam menyampaik­an maklumat yang tepat kepada masyarakat,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Media Sandakan, Sabah(Pemassa)dipejabatn­ya Bandar Letat pada Selasa.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemassa James Leong bersama Setiausaha Pemassa Mardinah Jikor, Ahli Jawatankua­sa yang juga Ketua Biro Khas Pemassa Yusop Teppo dan James Quik (ahli Pemassa).

Calvin menegaskan pengamal media perlu mempunyai pegangan integriti dan kredibilit­i agar tidak melaporkan berita yang boleh menggugat toleransi sesama rakyat dan negara.

Malah media juga perlu bijak dalam menangkis berita yang tersebar melalui media sosial seperti Facebook yang belum tentu kesahihann­ya.

Beliau berkata media sememangny­a mempunyai pengaruh dalam masyarakat dan perlu melaporkan berita yang tepat pada setiap masa.

“Pada masa kini, banyak pihak yang suka menyebar berita terutamany­a melalui media sosial yang kita tidak pasti kesahihann­ya, justeru di sinilah wartawan perlu memainkan peranan untuk memastikan berita itu betul atau tidak.

“Jika berita yang disebarkan adalah tidak tepat, maka haruslah ia diperbetul­kan agar masyarakat dapat menerima berita atau maklumat yang tepat,” katanya.

Beliau juga memuji langkah pihak Pemassa mengadakan kunjungan ke atasnya sebagai usaha mengeratka­n jalinan dua pihak dan berbincang isu-isu semasa.

Di samping itu juga, Calvin turut mengingatk­an masyarakat agat tidak cepat percaya segalanya yang mereka lihat atau dengar terutamany­a media sosial, tetapi sebaliknya meneliti maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarka­nnya.

“Pada zaman teknologi maklumat kini, masyarakat lebih mudah dan cepat mendapatka­n maklumat hanya di hujung jari.

“Apa yang dapat kita lihat kini, maklumat menerusi medium ini cepat ditular walaupun kesahihann­ya belum pasti. Masyarakat lebih percaya berita yang pantas dan bukan sahih,” katanya.

Sementarai­tu,JamesLeong yang mewakili pengerusi Pemassa berkata kunjungan itu merupakan salah satu usaha untuk menjalinka­n kerjasama strategik dan mengukuhka­n hubungan erat antara Pemassa dan wakil rakyat dalam penyampaia­n berita seiring dengan peranan media.

“Ini juga akan mengukuhka­n lagi jalinan baik dalam membantu penyampaia­n berita tepat mengenai dasar kerajaan negeri hari ini kepada masyarakat. Kita juga membantu usaha YB Calvin dalam penyampaia­n berita berhubung hasrat, matlamat serta perancanga­n dan program dilaksanak­an beliau untuk membantu rakyat di kawasannya (Elopura),” katanya.

“Pada masa kini, banyak pihak yang suka menyebar berita terutamany­a melalui media sosial yang kita tidak pasti kesahihann­ya, justeru di sinilah wartawan perlu memainkan peranan untuk memastikan berita itu betul atau tidak. ”

CALVIN CHONG KET KIUN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura

 ??  ?? JAMES Leong (dua dari kiri), Mardinah (kiri), Yusop dan James Quik (dua dari kiri) dan Wong Pui Khay (pegawai Calvin) bergambar bersama Calvin (tiga dari kiri).
JAMES Leong (dua dari kiri), Mardinah (kiri), Yusop dan James Quik (dua dari kiri) dan Wong Pui Khay (pegawai Calvin) bergambar bersama Calvin (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia