Utusan Borneo (Sabah)

Rabies ragut mangsa ke-15

-

KUCHING: Seorang lelaki berusia 64 tahun yang disahkan mangsa rabies pada Isnin lepas meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 6.43 pagi pada Selasa.

Kenyataan akhbar Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n mangsa meninggal dunia akibat Encephalit­is Rabies dan ini menjadikan kematian yang disahkan akibat rabies di kalangan manusia meningkat kepada 15 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysi, Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah berkata, dengan pengesahan dua kes terbaharu tersebut menjadikan 16 kes di kalangan manusia termasuk 15 kematian, manakala seorang lagi mangsa berusia tujuh tahun mengalami komplikasi neurologi teruk dan dirawat di rumah.

Beliau dalam kenyataann­ya sebelum ini memberitah­u mangsa berusia 64 tahun itu digigit anjing pada pertengaha­n September lepas.

“Mangsa bagaimanap­un hanya mencuci luka gigitan tersebut dan tidak mendapatka­n sebarang rawatan di fasiliti kesihatan sehinggala­h pada 27 November dia dibawa ke sebuah klinik swasta apabila dia mengalami sakit lutut serta lemah anggota badan.

“Pada 2 Disember, mangsa telah mendapatka­n rawatan di HUS selepas keadaannya semakin teruk dan dia dimasukkan ke wad penyakit berjangkit,” katanya.

Menurutnya lagi, mangsa ke-14 iaitu seorang lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia pada 7 Disember semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS pada jam 3.15 pagi.

“Siasatan mendapati pesakit tidak mempunyai sejarah digigit haiwan, tetapi dia ada memelihara seekor anjing serta kucing yang telah diberi vaksin antirabies pada tahun ini dan haiwan-haiwan tersebut kelihatan normal.

“Bagaimanap­un, ujian makmal ke atas sampel daripada mangsa juga telah disahkan positif rabies juga pada Isnin lepas,” katanya lagi.

Sejak 30 Jun sehingga 11 Disember, kerajaan negeri telah mengsiytih­arkan 56 kawasan di 11 bahagian di seluruh negeri sebagai kawasan jangkitan rabies dan hanya Limbang sahaja yang masih bebeas rabies dalam kalangan haiwan.

“Kadar kematian akibat jangkitan rabies adalah tinggi iaitu 93.8 peratus dan peluang untuk sembuh sihat adalah amat tipis sekiranya tidak mencuci luka gigitan dengan baik dan tidak mendapatka­n rawatan dengan segera,” kata Dr Noor Hisyam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia