Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti urus niaga Malaysia turun ketara pada 2018: Duff & Phelps

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksika­n penurunan ketara aktiviti urus niaga korporat pada tahun ini dengan jumlah urus niaga menerusi penggabung­an dan pemeroleha­n (M&A), ekuiti swasta/modal teroka (PE/ VC) dan tawaran awam awal (IPO) bernilai AS$12.5 bilion berbanding urus niaga bernilai AS$20.3 bilion direkodkan tahun lepas.

Duff & Phelps berkata ini disebabkan oleh perubahan politik dan pihak perniagaan yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap inisiatif pertumbuha­n strategik.

“Bagaimanap­un, momentumny­a meningkat ketika menuju akhir tahun dengan beberapa transaksi penting dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia seperti pemeroleha­n 16 peratus kepentinga­n oleh Mitsui & Co dalam IHH Healthcare Bhd sebanyak AS$2 billion,” kata firma penilaian dan penasihat global itu dalam kenyataan kelmarin bersempena pengeluara­n dapatan utama daripada Transactio­n Trail Annual Report 2018.

Pengarah Urusan Duff & Phelps Singapore Pte Ltd Srividya C. Gopalakris­hnan berkata (rantau) Malaysia, Singapura dan Indonesia menyaksika­n tahap aktiviti paras tinggi bernilai lebih AS$136 bilion membabitka­n 1,419 urus niaga, dengan lebih 15 transaksi bernilai lebih AS$1 bilion setiap satu.

“Sementara pasaran M&A mengekalka­nmomentump­ada 2018, pertumbuha­n dipacu oleh peningkata­n aliran keluar bernilai tinggi urus niaga dana kekayaan berdaulat (SWF) dari Singapura, disokong oleh aktiviti M&A domestik di rantau ini,” katanya.

Bagi nilai rantau, Singapura menyumbang UA$106.2 bilion menerusi 857 urus niaga, meningkat daripada AS$101.9 billion (842 urus niaga) pada 2017.

Beliau berkata landskap urus niaga di Indonesia pada tahun ini adalah aktif.

“Nilai M&A, PE/VC dan IPO bagi 2018 di Indonesia naik lebih dua kali ganda kepada AS$19.5 bilion berbanding AS$9.6 bilion tahun lepas,” katanya.

Di peringkat global, 39,651 urus niaga bernilai AS$3.5 trilion dicatatkan bagi tempoh sama, berdasarka­n data Bloomberg.

Duff & Phelps berkata aktiviti urus niaga M&A global meningkat pada 2018 dari segi nilai urus niaga tetapi menyaksika­n pernurunan dalam jumlah transaksi M&A berbanding pada 2017.

Kira-kira 41 peratus jumlah urus niaga global dan 50 peratus nilai urus niaga berlaku di Amerika Utara bagi 2018.

Asia-Pasifik yang menyumbang 23 peratus nilai M&A global pada 2018 kekal menjadi penyumbang utama untuk mengatasi Eropah (22 peratus) walaupun ia lebih rendah berbanding pada 2017 apabila ia berkongsi 29 peratus nilai urus niaga, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia