Utusan Borneo (Sabah)

Miliki 22 keluaran tidak berdaftar, wanita didenda RM3,000

Memiliki 22 keluaran tidak berdaftar

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki sebanyak 22 keluaran tidak berdaftar.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim mengenakan denda itu terhadap Nurjannah Rassa, selepas mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagaimanap­un jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah memerintah­kan penjara selama 60 hari dikenakan.

Tertuduh didapati memiliki semua keluaran berkenaan antaranya Rapet Wangi 12 kotak, Pil Tuntas lima botol, Ratu Langsing dua kotak dan Herba Sedap Malam empat kotak.

Kesalahan dilakukan pada 14 Mac 2016 jam 1.20 petang di sebuah premis, pusat membeli belah 1Borneo, Jalan Sulaman di sini.

Nurjannah disabitkan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, memperuntu­kkan denda maksimum RM25,000 atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memerintah­kan keluaran yang dirampas dilupuskan pihak pendakwaan, setelah tamat tempoh rayuan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi melakukan pendakwaan berkenaan.

Dalam kes berasingan, enam warga asing antaranya seorang wanita dikenakan hukuman penjara kerana memasuki negara ini secara haram.

Abdul Rahman Bisau, 19, dikenakan penjara empat bulan, sementara Razmi Pasit, 34, Azlan Sarahani, 19, Nurham Tawalak, 19, Jemsey Marah, 18, dan Nilda Gumalang,50,masing-masing penjara lima bulan.

Namun Razmi yang bekerja sebagai buruh turut diperintah­kan dikenakan satu sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz juga mengarahka­n semua tertuduh yang ditangkap pihak berkuasa pada 17 Oktober dan 8 Disember, dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh pemenjaraa­n.

Mereka disabit kesalahan itu mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius melakukan pendakwaan terbabit.

Tertuduh didapati memiliki semua keluaran berkenaan antaranya Rapet Wangi 12 kotak, Pil Tuntas lima botol, Ratu Langsing dua kotak dan Herba Sedap Malam empat kotak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia