Utusan Borneo (Sabah)

DUN LULUS PINDAAN

Bolehkan TYT Sabah berkhidmat lebih dua penggal

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan bagi Rang Undang-Undang Perlembaga­an Negeri Sabah 2018 yang dibentangk­an oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Speaker DUN Datuk Syed Abas Syed Ali meluluskan pindaan bagi Fasal 3 Perkara 2 selepas cadangan berkenaan memperoleh­i majoriti undi belah bahagian dalam Persidanga­n Khas DUN pada Khamis.

Seramai 46 Adun mengundi untuk menyokong pindaan berkenaan manakala 14 tidak menyokong selain lima yang tidak hadir.

Pindaan Fasal 3 Perkara 2 berhubung perkara tidak lagi mengehadka­n tempoh perkhidmat­an Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah.

Shafie berkata, pindaan itu penting dalam memastikan perlembaga­an dapat mengukuhka­n hak rakyat dan negeri Sabah.

Katanya, undang-undang yang dipinda bukan hanya untuk kepentinga­n sekarang tetapi turut penting pada masa hadapan.

Beliau berkata, selepas ini beberapa perkara lagi akan dibawa untuk pindaan bagi memastikan kejelasan dalam perlembaga­an termasukla­h hak dan had yang ada pada Yang Dipertua Negeri.

Menurutnya, Yang Dipertua Negeri adalah institusi penting yang menjadi lambang kepada Sabah dan pelantikan­nya setanding dengan apa yang diletakkan dalam perlembaga­an.

“Saya tahu banyak tafsiran atau kemungkina­n di luar sana yang membabitka­n ada rundingan antara Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri berhubung perkara ini.

“Tidak ada rundingan dibuat dan kalau ada tafsiran luar seolah-olah ada rundingan, ia adalah perkara yang tidak sihat dan perlu diperbetul­kan dalam dewan ini,” jelasnya.

Katanya, ada keperluan untuk memberikan tiada had tempoh untuk perkhidmat­an Yang Dipertua Negeri.

Shafie berkata, bukan had atau bangsa yang menjadi keutamaan tetapi kualiti yang ada pada Yang Dipertua Negeri.

Pindaan kali terakhir bagi rang undang-undang berkenaan diluluskan pada 1987 yang menghadkan tempoh perkhidmat­an Yang Dipertua Negeri kepada dua penggal.

DUN turut meluluskan pindaan bagi Rang UndangUnda­ng Perlombong­an 2018 oleh Timbalan Speaker DUN Datuk Ahmad Abdul Rahman.

 ??  ?? SHAFIE bersama tiga Timbalan Ketua Menteri serta anggota Kabinet lain sempena persidanga­n khas DUN Sabah pada Khamis.
SHAFIE bersama tiga Timbalan Ketua Menteri serta anggota Kabinet lain sempena persidanga­n khas DUN Sabah pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia