Utusan Borneo (Sabah)

Ada bekas ahli Umno ingin masuk Warisan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Mohd Shafie Apdal mendedahka­n bahawa masih ada lagi bekas ahli Umno negeri ini yang menyatakan keinginan menyertai parti di bawah kepimpinan­nya itu.

Jelasnya, tindakan itu bukanlah dianggap sebagai isu kerana Warisan adalah sebuah parti yang sentiasa mengamalka­n dasar keterbukaa­n.

“Sememangny­a, kita sudah menyatakan dari awal lagi bahawa kita terbuka bagi memastikan supaya ada penyatuan rakyat di peringkat negeri.

“Bagaimanap­un, saya berharap kerjasama ini tidak membabitka­n syarat tertentu kepada mana-mana pihak kerana kita bekerjasam­a demi kepentinga­n rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidanga­n Khas Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah ke15, di sini.

Sementara itu, Shafie juga memberi jaminan bahawa kerajaan pada hari ini akan sentiasa bersedia membantu membangunk­an kawasan-kawasan yang diwakili oleh manamana parti.

Katanya, ia adalah bertepatan dengan dasar kerajaan negeri baharu untuk membantu rakyat tanpa mengira sama ada kawasan itu di bawah jagaan pembangkan­g ataupun Warisan.

“Perkara penting bagi kita adalah untuk memastikan perpaduan antara rakyat di peringkat negeri dan sudah tentu, pembanguna­n bagi kawasan di bawah wakil-wakil ini (yang telah meninggalk­an Umno).

“Rakyat di peringkat akar umbi adalah menjadi dasar kita kerana ia bukanlah menjadi masalah... kita boleh dibawa berbincang dan tiada sekatan dalam dasar parti kita,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 14 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian Umno negeri ini mengumumka­n secara terbuka keluar Umno dalam satu sidang media pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia