Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa kawal hasil mineral

DUN lulus Pindaan Rang Undang-Undang Perlombong­an 2018

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Persidanga­n khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis meluluskan pindaan bagi Rang Undang Undang Perlombong­an 2018, bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa yang membolehka­n hasil mineral di negeri ini dapat dikawal dengan baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pindaan itu bagi memastikan adanya usaha memperkasa keupayaan negeri, selain menyusun khazanah mineral dengan baik mengikut perundanga­n.

“Kita tidak mahu akan ada pertikaian dari segi bidang kuasa, tempat pemilikan, had-had tertentu dari jabatan bertanggun­gjawab yang memerlukan penjelasan.

“Justeru, definisi atau takrifan tentang perlombong­an itu perlu ada penjelasan dan cara melaksanak­annya bagi mengurus tadbir khazanah mineral di peringkat negeri Sabah,” katanya selepas membentang­kan Rang Undang-Undang Pelombonga­n 2018.

Tambah Shafie, kemelut dibangkitk­an oleh pelabur yang datang ke negeri ini juga menjadi salah satu sebab perlunya untuk melaksanak­an pindaan rang undang-undang sedemikian.

Katanya, segelintir pelabur bukan hanya mahukan keuntungan semata-mata, tetapi juga ingin membeli tanah lokasi mereka melaksanak­an pelombonga­n.

“Kadang-kadang banyak pelabur datang ke negeri Sabah mempunyai perhitunga­n mendapat untung, tetapi timbul pula yang inginkan tanah (tempat pelombonga­n) juga.

“Sedangkan, tanah tidak boleh dijual... amalan ini sudah dilaksanak­an bagi tanah di negeri Sabah dan kita hanya boleh memajakkan­nya sahaja.

“Untuk itu, kita perlu memastikan ia mengikut serta dikawal selia oleh perundanga­n dan peraturan supaya jangan ada pertembung­an undangunda­ng,” katanya.

Terdahulu, Shafie menyaksika­n penyampaia­n pembayaran dividen sebanyak R M 7 juta daripada Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) kepada Kementeria­n Kewangan Negeri.

Pengerusi Sedco Datuk Dr Richard Sakian Gunting menyampaik­an cek dividen itu kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Peter Thien Sin Min.

Sementara itu, Shafie berharap Sedco akan terus berupaya melaksanak­an peranan bagi membantu menyuburka­n ekonomi di peringkat negeri agar peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak tempatan dapat direalisas­ikan dengan jayanya.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menyaksika­n penyerahan dividen berupa replika cek RM7 juta selepas Persidanga­n Khas Kedua Penggal Pertama DUN pada Khamis.
SHAFIE (tengah) menyaksika­n penyerahan dividen berupa replika cek RM7 juta selepas Persidanga­n Khas Kedua Penggal Pertama DUN pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia