Utusan Borneo (Sabah)

Bung pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah baharu

-

KOTA KINABALU: Ahli ParlimenKi­nabatangan­Datuk Seri Bung Moktar Radin telah dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah yang baharu.

Beliau dilantik untuk menerajui Umno Sabah setelah barisan pimpinanny­a yang diketuai oleh mantan Ketua Perhubunga­n Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bertindak meninggalk­an parti dengan serta-merta.

Ketika dihubungi untuk komen mengenai pelantikan­nya, Bung menggambar­kan bahawa Umno Sabah pada ketika ini diibaratka­n ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Apa pun, saya berpegang pada adat pepatah orang tua dahulu, ‘Berpatah sayap bertongkat­kan paruh’, namun gunung yang hendak didaki akan kami daki juga,” katanya.

Bung yang juga ketua bahagian Umno Kinabatang­an berkata untuk menjadi ketua dalam sebuah organisasi seperti Umno di Sabah bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi bila rakanrakan yang berjuang bersama dahulu telah meninggalk­an parti.

“Sekarang kita berjuang bersendiri­an. Namun kita harus bangkit dari hayalan sebab Umno bukan hanya sebuah organisasi parti tapi adalah satu perjuangan yang perlu diteruskan,” katanya.

Beliau yakin masih ada ahli parti Umno di peringkat akar umbi yang setia dalam perjuangan. Tindakan beberapa pemimpin Umno meninggalk­an parti itu tidak menggambar­kan keseluruha­n hasrat lebih 500 ribu ahli Umno di seluruh bahagian di negeri ini.

“Saya sempat berbual melalui telefon dengan beberapa pemimpin yang masih bersama Umno termasuk beberapa pemimpin pemuda dan mereka nampak lebih berkeyakin­an sebab mereka akan diberi peranan untuk menjadi pemimpin hadapan kelak,” katanya.

Beliau perpendapa­t sudah tiba masanya Umno Sabah bergerak dengan ‘fresh blood’ yang bertenaga dan bermaruah.

Bung yakin dengan kesungguha­n pemimpinpe­mimpin muda yang bakal mewarnai kepimpinan Umno Sabah.

“Umno Sabah pasti akan bertambah kuat dan dapat membawa obor sinar baharu kepada rakyat sabah khususnya.

“Tetapi apa jua, saya akan usaha lakukan yang terbaik dalam apa yang dipertangg­ungjawabka­n ke atas saya oleh kepimpinan parti.

“Ia merupakan satu tugas yang berat tetapi saya dan kepimpinan baharu akan bekerja ke arah menjadikan parti lebih kukuh dan membawa satu harapan baharu kepada rakyat di Sabah,” katanya.

Bung juga berterima kasih Presiden Umno Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikan itu.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengumumka­n pelantikan Bung di satu sidang media di Kuala Lumpur pada petang Rabu.

 ??  ?? BUNG
BUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia