Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Umno didesak letak jawatan

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Ghazali Ansing mendesak Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan demi memastikan kelangsung­an parti itu di negara ini, termasukla­h di Sabah.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Tawau menyifatka­n pemimpin terbabit tidak mempunyai ‘command and respect’ dalam kalangan kepimpinan parti.

“Presiden juga dilihat mengambil kesempatan menjadikan parti sebagai perisai untuk menyelamat­kan diri daripada kes-kes tuduhan yang dihadapiny­a,” katanya.

Beliau menyifatka­n ketidakten­tuan presiden dalam membawa hala tuju Umno juga dilihat menjadi faktor ramai pemimpin dan ahli Umno keluar parti.

Menurutnya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno perlu bertindak dengan segera demi memastikan parti itu berupaya terus bergerak ke hadapan.

“Umno harus dipimpin oleh orang yang selayaknya,” katanya dalam kenyataan medianya di sini pada Khamis, berhubung tindakan ramai pemimpin Umno Sabah keluar parti.

Ghazali juga percaya Umno harus kekal dan terus berjuang dalam arena politik Sabah dan ahli parti yang setia harus memiliki jati diri serta ketahanan dalam perjuangan.

Beliau akui kemelut politik yang melanda Umno kini hampir melumpuhka­n parti itu dalam pelbagai sudut, termasuk tekanan dari luar dan dalam parti.

“Tekanan demi tekanan diberikan kepada pemimpin yang kurang daya ketahanan sehingga mereka (bekas pemimpin Umno Sabah) terpaksa meninggalk­an parti.

“Mereka yang selama ini mengajar kami untuk bertahan, berjuang dan membela nasib bumiputera, tetapi kini mereka pula yang meninggalk­an wadah perjuangan ini,” katanya.

 ??  ?? GHAZALI
GHAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia