Utusan Borneo (Sabah)

Ahli KPMS perlu bersatu lahir kepimpinan pelapis

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Setiap ahli Kesatuan Pembantu Makmal Sabah (KPMS) di negeri ini diminta bersatu untuk melahirkan kepimpinan pelapis yang dapat mengangkat suara kesatuan itu ke pihak atasan.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia Ashaari Maarof berkata, perkara itu penting memandangk­an kesatuan berkenaan ketandusan kepimpinan pelapis yang dapat membantu badan menjalanka­n tanggungja­wabnya secara berkesan dalam menjaga kebajikan ahli melibatkan tuntutan dan sebagainya.

“Kita berharap badan seperti KPMS akan terus relevan pada masa akan datang dan apa yang lebih penting, ia dapat melahirkan kepimpinan pelapis memandangk­an kita ketandusan pelapis.

“Ia bagi membolehka­n suara ahli di peringkat bawah dapat diangkat selain memastikan KPMS terus berkembang maju. Oleh itu, jangan siasiakan peranan penting yang dimainkan KPMS kerana ia merupakan satu platform yang berkesan dalam konteks telah banyak membantu untuk memastikan apa juga tuntutan mendapat pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis MakanMalam­danUlangta­hun KPMS Ke-10 di sebuah hotel di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung KPMS Shariff Mohammad Habeeb Ahmad dan mantan Presiden KPMS Abdul Rahman Nasroh.

Dalam pada itu, Ashaari mewakili KPMS turut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia untuk sentiasa tampil menyuaraka­n pendapat bagi memantap dan memperkasa­kan pendidikan negara.

Beliau berharap KPMS akan dijaga sebaik-baiknya selain mahu ahli kesatuan dapat mengambil pendekatan terbaik seperti meningkatk­an tahap produktivi­ti serta membantu memperkasa­kan pendidikan.

Terdahulu, Presiden KPMS Sazali Nukah memberitah­u kesatuan itu kini mempunyai seramai 500 ahli di seluruh Sabah dan berjaya menganggot­ai Majlis Mesyuarat Bersama Jabatan (MMBJ).

Beliau berharap KPMS akan sentiasa kukuh terutama menjelang mesyuarat pada tahun hadapan dan ahlinya terus bersatu untuk menambahba­ik kesatuan berkenaan.

Majlis Makan Malam KPMS dimeriahka­n dengan deklamasi sajak oleh Maria Abas, acara memotong kek sempena ulangtahun ke10, cabutan bertuah dan persembaha­n karaoke.

 ??  ?? ASHAARI bersama sebahagian ahli KPMS sempena Majlis Makan Malam dan Ulangtahun KPMS Ke-10.
ASHAARI bersama sebahagian ahli KPMS sempena Majlis Makan Malam dan Ulangtahun KPMS Ke-10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia