Utusan Borneo (Sabah)

326 kes denggi di Sandakan

Peningkata­n mendadak sejak September

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak 326 kes denggi telah direkodkan di daerah ini bagi tempoh Januari hingga 12 Disember.

Wakil Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Nafsah Dulajis dalam satu kenyataan berkata terdapat peningkata­n mendadak kejadian kes demam denggi sejak bulan September.

Katanya, sebanyak 44 episod wabak telah melanda daerah ini yang melibatkan 39 lokaliti sepanjang Januari hingga 8 Disember.

“Antara lokaliti wabak yang masih aktif iaitu Kampung Forest dan Kampung Bakau dengan status ‘hot spot’ (wabak melebihi 30 hari) manakala dua lokaliti berstatus Wabak Tidak Terkawal (terdapat pertambaha­n kes dalam tempoh 14 hari) iaitu Taman Sejati dan Kampung Berhala Darat.

“Terdapat lapan lokaliti berstatus Wabak Terkawal (kejadian dua kes demam denggi dalam satu lokaliti yang sama) iaitu di Kampung Tinusa 2, Kampung Segaliud, Taman Mesra, Kampung Pangeran Galpam, PPRT Taman Harmoni, Kampung Bambangan, Kampung Istimewa dan Taman Bahagia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Nafsah berkata sebanyak sembilan operasi ‘Ops Barang Lusuh’ dan ‘Ops Tapak Komersil’ melibatkan pemeriksaa­n bengkel telah dijalankan sepanjang tahun yang mana, sebanyak 23 notis pungutan jentik-jentik telah dikeluarka­n ke atas bengkelben­gkel di daerah ini.

Katanya, Ops Penguatkua­saan Bengkel ‘Ops Tayar Bil 1/2018’ itu dijalankan untuk mencegah dan mengawal penularan penyakit demam denggi melalui tindakan penguatkua­saan secara bersepadu dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sandakan.

Beliau berharap operasi yang memberi fokus kepada premis atau bengkel yang terletak dalam lokaliti hot spot atau wabak berhampira­n dengan lokaliti terlibat akan memberi impak yang positif kepada kesihatan dan kesejahter­aan rakyat.

Kaedah pelaksanaa­n operasi dijalankan dengan mengenakan tindakan kompaun mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1985 dikeluarka­n terhadap premis yang melakukan kesalahan dan tiada penguranga­n kompaun diberikan; notis kerja pembersiha­n mengikut Seksyen 8(1) atau 8(2), APSPP 1985 akan dikeluarka­n kepada premis atau bengkel yang berpotensi pembiakan atau memberi perlindung­an kepada apa-apa serangga pembawa penyakit; atau penalti mengikut Seksyen 23(a) APSPP 1975 bagi kesalahan pertama, Seksyen 23(b) bagi kesalahan kedua dan Seksyen 23(c) bagi kesalahan ketiga.

 ??  ?? DR Nafsah bersama pegawai kesihatan yang menyertai operasi mencegah penularan wabak denggi.
DR Nafsah bersama pegawai kesihatan yang menyertai operasi mencegah penularan wabak denggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia