Utusan Borneo (Sabah)

Program Permata Hati Bersama Anak Yatim

-

KOTA KINABALU: Kolej Kediaman Excellent (KKE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Permata Hati Bersama Anak Yatim pada 27-28 Oktober 2018 bertempat di KKE, UMS.

Seramai 19 orang pelajar lelaki Home Tuaran terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar yang berumur 9 hingga 14 tahun.

Manakala AJK pelaksana yang terlibat dalam program ini adalah seramai 28 orang yang terdiri daripada barisan kepimpinan KKE.

Pada hari pertama program 27 Oktober 2018, beberapa AJK mula bergerak ke Home Tuaran pada jam 8.30 pagi untuk menjemput peserta Home Tuaran datang ke UMS dengan menaiki bas UMS yang disediakan.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengetua KKE Dr. Syahruddin Hj Awang Ahmad, Timbalan Pengetua Mat Usup Hj. Rasid, barisan Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) dan para Ahli Jawatankua­sa Pelaksana

SESI bergambar lawatan anak-anak yatim Home Tuaran di Perpustaka­an UMS.

yang lain.

Setibanya mereka di KKE, mereka dijemput untuk mengambil gambar bersamasam­a untuk dijadikan kenangan.

Selepas itu, para peserta Home Tuaran dibawa ke surau B1 untuk meneruskan acara seterusnya iaitu pembahagia­n abang angkat. Selepas pembahagia­n abang angkat, mereka dibenarkan untuk naik ke bilik bersama-sama abang angkat untuk menyimpan barang masing-masing.

Pada waktu solat zohor, mereka semua diminta untuk solat berjemaah di surau A3 dan selepas itu, disambung dengan slot pengenalan kolej yang disampaika­n oleh Naib Yang Dipertua Jakmas Ardianshay Jamaluddin.

Selepas itu, program diteruskan dengan membawa para peserta membuat lawatan sekitar UMS. Antara tempat yang menjadi lawatan pada hari itu adalah masjid, perpustaka­an, akuarium danOutdoor Developmen­t Centre (ODEC). Sekitar jam 4 petang, semua peserta dan AJK tiba di ODEC dan bersama-sama melaksanak­an solat Asar berjemaah.

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti riadah yang dikendalik­an oleh Unit Aktiviti. Semua aktiviti berakhir pada jam 6 petang, dan semua peserta serta AJK mula bergerak balik ke kolej kediaman.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan pengisian ceramah oleh Ezzan, di surau B1. Program berakhir pada jam 10.30 malam dan semua peserta serta AJK balik ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.

Pada keesokan harinya 28 Oktober 2018, para pelajar dan AJK solat Subuh berjemaah di surau A3. Sekitar jam 7 pagi, aktiviti pertama diteruskan iaitu bermain futsal di Arena Sukan UMS yang dikendalik­an oleh Unit Aktiviti.

Aktiviti futsal berakhir kirakira jam 8 pagi, dan diteruskan dengan aktiviti sharing session daripara AJK dan peserta.

Aktiviti ini bertujuan mendengar luahan hati yang terpendam kalangan para peserta dan merapatkan lagi hubungan para peserta dan AJK serta aktiviti ini mengambil masa selama 1 jam. Pada jam 9 pagi, peserta dilepaskan untuk membuat persiapan diri sebelum majlis penutupan berlangsun­g.

Pada jam 10 pagi, Majlis Perasmian Penutupan Program Permata Hati berlangsun­g di Surau B1 yang dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Excellent Dr. Syahruddin­Hj.AwangAhmad, Timbalan Pengetua Mat Usup Hj. Rasid, barisan Jakmas dan para Ahli Jawatankua­sa Pelaksana yang lain.

Majlis penutupan dakhiri dengan acara bergambar. Selepas itu, peserta mula bersiap sedia untuk balik ke Home Tuaran.

Selesai solat Zohor, para peserta mula bergerak menaiki bas UMS untuk balik ke Home Tuaran. Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperbanya­kkan lagi. Ini kerana, untuk memahami masyarakat, kita perlu turun kepada masyarakat. Diharap setiap pengisian sepanjang program ini berguna untuk mereka dalam kehidupan mereka kelak.

 ??  ?? ANAK-ANAK yatim Home Tuaran bergambar di Akuarium Marin UMS.
ANAK-ANAK yatim Home Tuaran bergambar di Akuarium Marin UMS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia