Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Kesenian Inter-kolej Siri 2 bagi sesi 2018/2019 Kategori Komedi Teater

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian menganjurk­an Pertanding­an Kesenian Inter-Kolej Siri 2 bagi sesi 2018/2019 iaitu Kategori Komedi Teater diadakan pada 7 Disember 2018 bertempat di Anjung Siswa, JHEP, UMS.

Pegawai Penyelaras pertanding­an ini adalah Resty Cindy Ony Madis, Artis Budaya Kanan, JHEP, UMS.

Pertanding­an ini melibatkan empat kolej kediaman yang bertanding iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Kolej Kediaman Excellent (KKE) dan Kolej Kediaman Usia 1Borneo (KKU1B).

Program pertanding­an InterKolej ini bertujuan mencungkil bakat- bakat siswa/siswi UMS dalam bidang lakonan untuk mewakili UMS ke pertanding­an peringkat kebangsaan/ antarabang­sa.

Keputusan pemenang kategori Komedi Teater diumumkan pada hari itu iaitu johan dimenangi KKE, naib johan dimenangi KKU1B, tempat ketiga dimenangi oleh KKTF dan tempat keempat dimenangi oleh KKTM.

Penyampaia­n piala pusingan keseluruha­n diberikan kepada para pemenang setiap kategori yang disampaika­n oleh Pegawai Kebudayaan Kanan, JHEP, UMS Alan James.

Para pemenang menerima sebuah trofi, sijil dan juga hamper.

Juri jemputan adalah Sharifudin Zainal, Pensyarah Teater FKSW, Yusufnur Hasni, Komedian (Ucupkun The Comivator) dan Boy Rajalawak 7.

Seramai lebih 100 orang siswa/ siswi hadir memeriahka­n program pertanding­an berkenaan. Turut hadir dalam program itu adalah felo-felo kolej kediaman, pegawai dan staf JHEP serta Jakmas kolej kediaman.

Pihak penganjur beharap kolej-kolej kediaman akan terus menyokong dan menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh bahagian kebudayaan pada masa akan datang.

Program inter-kolej ini akan diteruskan lagi pada semester hadapan dan berharap akan ada penglibata­n daripada UMSKampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Kolej Kediaman Kingfisher dan juga Kolej kediaman Lesatari Sandakan.

Program inter-kolej kesenian ini dapat memupuk siswa/ siswi untuk lebih bergiat aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Pertanding­ankesenian(interkolej) berakhir dengan kategori komedi teater dan pertanding­an ini akan dilaksanak­an lagi pada tahun hadapan dengan kategori yang berlainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia