Utusan Borneo (Sabah)

RM70 juta laksana projek tukun tiruan di Sarawak

Peruntukan itu untuk melabuh tukun tiruan atau ‘reefball’ bermula dari Tanjung Datu hingga ke Lawas

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM70 juta bagi pelaksanaa­n projek tukun tiruan di seluruh negeri dalam usahanya menjaga kehidupan marin serta melindungi kawasan perairan laut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan berkenaan untuk melabuhkan tukun tiruan atau ‘reefball’ bermula dari Tanjung Datu hingga ke Lawas.

“Adalahamat­pentingunt­uk kita melindungi kawasan perairan laut terutama dalam kita mengekang penceroboh­an pukat tunda oleh orang tertentu.

“Makaitusay­amemutuska­n untuk memberikan peruntukan RM70 juta daripada dana kerajaan negeri untuk kita menjalanka­n projek tukun ini dari Tanjung Datu hingga Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-15 Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) yang dihadiri Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Sarawak Forestry Corporatio­n Sdn Bhd Datu Len Talif Salleh di sini, malam Selasa.

Tambah Abang Johari, pada kebiasaann­ya Sarawak memohon peruntukan daripada agensi perikanan pusat dalam projek sedemikian.

“Namun kita tidak dapat bergantung dan menunggu peruntukan daripada pusat, maka itu saya membuat keputusan memperuntu­kkan RM70 juta bagi projek tukun ini,” katanya.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak melindungi sumber semula jadi selain menghalang aktiviti pukat tunda daripada dilakukan pihak tertentu.

Abang Johari menegaskan bahawa projek pemasangan tukun dalam perairan laut

“Adalah amat penting untuk kita melindungi kawasan perairan laut terutama dalam kita mengekang penceroboh­an pukat tunda oleh ” orang tertentu DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG

Ketua Menteri

bukan sahaja memberi manfaat dari segi kehidupan marin tetapi penting sekali mengekang aktiviti tidak diingini.

“Jika kita melabuhkan tukun ini, saya merasakan sukar bagi pihak tertentu mahu mencuri ikan-ikan kita terutama pukat tunda.

“Ini bermakna jika tiada orang dapat mengambil ikan di perairan laut kita, nelayan tempatan akan mendapat manfaat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai langkah dalam melindungi hidupan marin di negeri ini, Abang Johari berkata Sarawak telah membuat keputusan mewartakan Gugusan Beting Patinggi Ali sebagai taman negara marin.

“Ia mungkin agak sensitif bagi segelintir pihak, namun bagi saya ia adalah tanah kita, maka kita mesti mewartakan­nya sebagai tanah kita dan menubuhkan sebuah taman negara marin,” katanya.

Sarawak mewartakan Luconia Shoals sebagai taman negara marin yang terletak di pentas Sunda di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang menjadikan­nya sebagai taman negara terbesar di Malaysia.

 ??  ?? ABANG Johari menyaksika­n penyerahan replika cek bagi program angkat daripada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hashim Bojet (dua kanan) kepada Len Talif (dua kiri) yang mewakili SFC.
ABANG Johari menyaksika­n penyerahan replika cek bagi program angkat daripada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hashim Bojet (dua kanan) kepada Len Talif (dua kiri) yang mewakili SFC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia