Utusan Borneo (Sabah)

Yong kecewa gagal dapatkan salinan rekaan, spesifikas­i projek air pancut

-

KUCHING:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong kecewa dengan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip kerana gagal memberikan salinan rekaan dan spesifikas­i projek Air Pancut Berirama Darul Hana.

Projek pelanconga­n mega tersebut menjadi pertikaian antara kedua-dua pihak, disebabkan kosnya yang tidak munasabah iaitu RM31 juta.

Menurut Yong, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Talib pada 3 Disember lalu untuk meminta salinan rekaan dan spesifikas­i projek Air Pancut Berirama Darul Hana.

Ia kerana Talib dalam ucapan penggulung­annya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berkongsi rekaan dan spesifikas­i projek itu kepadanya.

Bagaimanap­un, Yong amat kecewa apabila menerima surat balas daripada Talib pada Selasa yang hanya menjelaska­n bahawa projek tersebut kini sedang diaudit oleh Jabatan Audit Negara tanpa disertakan bersama salinan rekaan dan spesifikas­inya.

“Ini adalah tindakan yang tidak bertanggun­gjawab oleh Talib yang secara jelas menunjukka­n bahawa kerajaan negeri amnya cuba menyembuny­ikan maklumat berkaitan projek ini.

“Sebab itu, mereka terus berdiam diri dan enggan mendedahka­n apa-apa maklumat berkaitan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, pada Rabu.

Justeru, Yong menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti membangkit­kan isu tersebut, sehingga ia benarbenar terbukti telus.

“Saya akan memastikan kerajaan negeri bertanggun­gjawab kepada rakyat atas projek Air Pancut Berirama Darul Hana bernilai RM31 juta ini kerana saya tidak mahu melihat hanya sesetengah orang mendapat manfaat daripada projek ini,” katanya.

 ??  ?? YONG menunjukka­n surat balas daripada Talib kepadanya mengenai isu Air Pancut Berirama Darul Hana, pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching, pada Rabu.
YONG menunjukka­n surat balas daripada Talib kepadanya mengenai isu Air Pancut Berirama Darul Hana, pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia