Utusan Borneo (Sabah)

Isu tiga Kanun Tanah: Dr Xavier perlu membaca keseluruha­n teks kenyataan asal, kata Uggah

-

KUCHING:”Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar perlu membaca keseluruha­n teks kenyataan asal saya dan bukannya hanya memfokuska­n kepada tajuk laporan mengenai kenyataan itu oleh sebuah portal berita.

“Sekiranya Dr Xavier berbuat demikian, beliau dapat melihat bahawa saya tidak pernah mengatakan bahawa beliau mahu menghapusk­an autonomi Sarawak mengenai perkara tanah seperti yang dilaporkan dalam portal itu,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Uggah berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Dr Xavier dalam akhbar pada Rabu.

“Tetapi sekarang saya ada soalan untuk beliau, Adakah tidak beliau membuat kenyataan bahawa tidak adil bagi negara ini mempunyai tiga Kanun Tanah dalam pentadbira­n tanahnya pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara baru-baru ini?”

“Selepas saya membantah kenyataann­ya itu, baharulah beliau mencadangk­an agar tiga dokumen ini iaitu Kanun Tanah Negara, Kanun Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak digabungka­n dalam satu dokumen untuk tujuan pembentang­an pada seminar dan dialog untuk mengelak kekeliruan,” kata Uggah.

Sementara itu, pada laporan akhbar 10 Disember lalu, Uggah memberitah­u menteri persekutua­n yang mencadangk­an agar Sarawak turut menggunaka­n Kanun Tanah Negara adalah Dr Xavier.

Uggah berkata, perkara itu disuarakan Dr Xavier pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) di Putrajaya pada minggu lalu.

Jelas beliau lagi, Dr Xavier menyatakan bahawa adalah tidak adil untuk negara mempunyai tiga undangunda­ng yang mengawal pentadbira­n tanah iaitu Kanun Tanah Negara, Kanun Tanah Sarawak dan Kanun Tanah Sabah.

“Saya berada dalam mesyuarat itu. Beliau (Dr Xavier) menegaskan agar Kanun Tanah Negara meliputi semua.

“Kemudian saya bangun dan membantah...walaupun agak tidak sopan, saya perlu berdiri untuk Sarawak,” kata Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia