Utusan Borneo (Sabah)

Dedah butiran akaun bank, peniaga rugi hampir RM30,000

-

MIRI: Padah mendedahka­n butiran nombor akaun bank kepada orang tidak dikenali, seorang peniaga lelaki di sini terpaksa menanggung kerugian RM28,548 setelah ditipu sindiket Macau Scam.

Kejadian kelmarin melibatkan mangsa berusia 54 tahun itu mulanya menerima panggilan dari seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Lim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den MustafaKam­alGaniAbdu­llah berkata, dalam kejadian itu suspek memberitau mangsa mempunyai waran tangkap dari mahkamah kerana terlibat dengan kes pemalsuan kad kredit bank dan menerima wang sebanyak RM273,000.

“Suspek itu telah mengarahka­n mangsa untuk memberikan nombor akaun bank dan mangsa telah memberikan butiran akaunnya kepada lelaki itu.

“Kemudian mangsa menerima mesej menyatakan berlaku tiga kali tansaksi pemindahan wang berjumlah RM28,548 dari akaun beliau ke tiga akaun yang berbeza,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Sementara itu, dalam kes berasingan di sini, seorang penyelia lelaki berusia 31 tahun kerugian RM6,300 setelah diperdaya sindiket Macau Scam.

Mustafa berkata, mangsa pada mulanya menerima panggilan pada 21 November lalu dari seorang individu memperkena­lkan diri sebagai Siti Khatija Khalid yang meminta mangsa untuk hadir ke mahkamah bagi menghadiri kes pinjaman kad kredit.

“Bagaimanap­un, mangsa menyatakan tidak membuat sebarang pinjaman kad kredit dan wanita itu meminta mangsa membuat laporan melalui telefon ke IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Melaka.

“Kemudian talian disambungk­an kepada IPK Melaka, mangsa diminta oleh seorang individu untuk membuatlap­oranpolism­elalui telefon,” ujar beliau.

Mangsa kemudianny­a panik apabila terdengar perbualan anggota polis dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang mengatakan mangsa disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Kemudian talian telefon disambungk­an kepada pegawai polis (Tuan Azlan) yang dikatakan akan membantu kes mangsa.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi keseluruha­n berjumlah RM6,300 ke dua akaun bank berbeza mulai 21 November hingga 3 Disember,” katanya.

Mangsa mendapati dirinya ditipu setelah menyedari tidak melakukan sebarang kesalahan yang dinyatakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia