Utusan Borneo (Sabah)

Imbangi pengeluara­n tanaman industri

Jabatan Pertanian laksana program Pembanguna­n Tanaman Makanan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jabatan Pertanian telah melaksanak­an beberapa program Pembanguna­n Tanaman Makanan dalam usaha mengimbang­i pengeluara­n tanaman industri.

Ia termasuk Projek Tanaman Kekal Buah-Buahan, Kelapa dan Tanaman Singkat Masa.

Timbalan Pengarah Pertanian Sabah Bahagian Pengurusan Muhidin Haji Ismail berkata, pada tahun ini sahaja, Jabatan Pertanian Sandakan telah melaksanak­an Projek Tanaman Kekal Kelapa seluas 30 hektar dan BuahBuahan seluas 27 hektar selain Tanaman Singkat Masa seperti jagung seluas lima hektar.

Di samping itu, katanya, jabatan juga telah melatih seramai 113 Pengusaha Industri Asas Tani melalui Pakej Latihan dan Kursus Singkat.

Katanya, jabatan itu juga menyaranka­n agar aspek Amalan Pertanian Baik diterapkan kerana pada akhirnya pengguna dan permintaan eksport akan menuntut produk yang disahkan berkualiti serta selamat untuk dimakan agar ladang-ladang dapat dipersijil­kan myGAP dan myOrganic.

“Sememangny­a, kita memerlukan para petani yang berilmu dan berkemahir­an di samping mempunyai semangat daya tahan mental dan fizikal yang mampu menjadi usahawan berjaya seterusnya menyumbang kepada kelestaria­n sektor pertanian di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Insentif Pembanguna­n Tanaman Kepada Peserta Projek, Penyerahan Sijil Peserta Kursus Industri Asas Tani dan Pelancaran Database Petani Pejabat Pertanian Sandakan 2018 di Dewan SMK Merpati, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Penolong Pengarah Pertanian Pengurusan Daerah Jumaat Ibrahim.

Muhidin berkata bagi memastikan masa depan pengeluara­n makanan, Jabatan Pertanian sentiasa bersedia memberi bimbingan dan khidmat nasihat serta bantuan input pertanian kepada para petani.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan industri asas tani terus maju serta mampu berdaya saing di peringkat global.

“Sehubungan itu, golongan petani yang menerima bantuan ini perlu berusaha lebih tekun seterusnya mencari sendiri teknik dan kemahiran dalam melaksanak­an aktiviti pertanian.

“Peningkata­n pengurusan teknologi pengeluara­n dan produktivi­ti yang berkualiti mampu meningkatk­an pendapatan isi rumah serta Bil Import Tanaman Makanan, sekali gus menimbulka­n kesedaran, membuka minda serta menyediaka­n diri petani untuk melangkah lebih jauh dalam bidang keusahawan­an pertanian,” katanya.

“Pada tahun ini sahaja, Jabatan Pertanian Sandakan telah melaksanak­an Projek Tanaman Kekal Kelapa seluas 30 hektar dan Buah-Buahan seluas 27 hektar selain Tanaman Singkat Masa seperti jagung ” seluas lima hektar. MUHIDIN HAJI ISMAIL Timbalan Pengarah Pertanian Sabah Bahagian Pengurusan

 ??  ?? JUMAAT menyampaik­an insentif pertanian kepada petani tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Sandakan.
JUMAAT menyampaik­an insentif pertanian kepada petani tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia