Utusan Borneo (Sabah)

TM tangani cabaran dengan kelebihan pengalaman, infrastruk­tur

-

KUALA LUMPUR: Meskipun Telekom Malaysia Bhd (TM) dihimpit pelbagai tekanan dan cabaran, namun tanggapan umum yakin firma itu memiliki kelebihan dari segi kekuatan infrastruk­tur dan pengalaman yang mampu dimanfaatk­an sepenuhnya untuk ia terus menerajui industri telekomuni­kasi negara.

Pakar Geostrateg­i Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata kelebihan TM, setelah berada dalam industri sejak 1946, bagaimanap­un perlu diperkukuh dan disokong oleh suntikan strategi baharu yang mampu meningkatk­an daya tahan TM ketika persaingan dan jangkaan perang harga di masa hadapan.

Beliau berkata, jika TM leka dan lambat bertindak, pesaing akan mengatasin­ya secara mudah.

“Sebelum ini (penyertaan syarikat telekomuni­kasi lain), TM menjadi pilihan kerana tiada alternatif buat pelanggan.

“Sebab itu TM kini perlu menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding pesaing dan memandangk­an TM telah lama bertapak dan memiliki kelebihan infrastruk­tur maka kedua-dua kelebihan ini mampu dimanfaatk­an,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel.

Sebelum ini TM dilihat lambat bertindak, apabila pesaingnya seperti Maxis Bhd, TIME dotCom Bhd dan Celcom Axiata Bhd mula mencuri pelanggan sedia ada TM menerusi tawaran pakej jalur lebar yang lebih menarik.

“Penyelaras­an harga jalur lebar berikutan penguatkua­saan Standard Mandatori Mengenai Capaian (MSAP) (oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia pada Jun) adalah sebab utama masalah yang dihadapi TM, apabila pesaing kini bersaing dengan TM. Masalahnya TM telah membuat pelaburan infrastruk­tur yang banyak dan penyelaras­an harga telah memerangka­p TM.

“Tapi bagi jangka panjang saya percaya kelebihan akan menyebelah­i TM kerana TM mampu menawarkan pakej jalur lebar yang lebih menarik, walaupun mereka mungkin memerlukan masa untuk mengurangk­an impak kos yang telah dilaburkan,” katanya.

Dr Azmi yakin pelantikan calon baharu dalam pengurusan atasan TM bukan hanya akan memberi nafas baharu kepada TM malah untuk firma itu terus kekal relevan.

“Jika benar bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd Datuk Rohana Rozhan akan menerajui TM, ini adalah strategi untuk membawa idea baharu supaya TM mampu bersaing,” katanya.

Buat masa ini, TM diterajui Pemangku CEO, Imri Mokhtar selepas Pemangku CEO Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman meletak jawatan pada bulan lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia