Utusan Borneo (Sabah)

Gagasan Nadi Cergas sasar IPO raih RM60 juta

-

KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Bhd yang dijadual disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Jan, 2019, menyasarka­n untuk meraih RM60 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Wan Azman Wan Kamal berkata daripada jumlah itu sebanyak RM14 juta akan digunakan bagi membiayai pembanguna­n bercampur Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF), sejumlah RM6.5 juta bagi sistem penyejukan daerah (DCS) bagi pembanguna­n Jelatek Datum manakala RM16.5 juta bagi tujuan modal kerja.

Di bawah IPO itu, syarikat pembinaan tersebut akan menerbitka­n 140 juta saham-saham baharu dengan kira-kira 100 juta bagi peruntukan persendiri­an kepada pelabur tertentu manakala selebihnya untuk rakyat Malaysia serta pengarah, pekerja yang layak dan individu terpilih.

TA Securities Holdings Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penawaran bagi usaha IPO tersebut.

Wan Azman turut menyifatka­n penyenarai­an itu akan melonjakka­n profil kumpulan itu dalam usaha mengembang­kan perniagaan pembinaan dan pengurusan kemudahan berkaitan.

“Setakat 15 Nov, 2018, jumlah tempahan pembinaan kami adalah melebihi RM600 juta yang akan bertahan sehingga 2021.

“Selain itu, kami juga aktif dalam usaha tender projek pembinaan kerajaan dan swasta bernilai RM700 juta serta berharap untuk mendapatka­n beberapa kerja lain dalam bulan-bulan akan datang,” katanya kepada media selepas pelancaran prospektus syarikat itu, semalam.

Antara projek kumpulan itu yang sedang dijalankan adalah Rumah Selangorku di Putra Heights dan Bukit Raja, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pasir Mas, Pusat Kardiologi Hospital Serdang dan Maktab Rendah Sains MARA di Bagan Datuk.

Kumpulan itu turut memegang tiga kontrak konsesi 20 tahun merangkumi pengurusan kemudahan asrama bagi Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia di Melaka serta satu kontrak DCS bagi membekal air sejuk kepada Institut Jerman-Malaysia di Bangi.- B ernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia