Utusan Borneo (Sabah)

Bekas menteri Venezuela meninggal dunia Akibat komplikasi kesihatan ketika dipenjara berhubung dakwaan rasuah dalam sektor minyak

-

CARACAS: Bekas menteri minyak Venezuela Nelson Martinez, yang dipenjara berhubung dakwaan rasuah, meninggal dunia pada Rabu keranakomp­likasikesi­hatan, kata pejabat pendakwa.

Martinez, yang pernah juga menjadi presiden syarikat minyak kerajaan PDVSA, ditangkap pada 30 November tahun lepas, empat hari selepas Presiden Nicolas Maduro memecatnya dari jawatannya.

“Nelson Martinez mengalami penyakit kronik yang serius dengan kemajuan yang memburukka­n lagi keadaannya dan membawa kepada kematianny­a. Sehingga saat akhir, dia menerima rawatan yang diperlukan dan perhatian perubatan di sebuah pusat kesihatan,” kata pejabat pendakwa, yang menafikan Martinez meninggal dunia dalam penjara.

Rafael Ramirez, seorang bekas ketua syarikat minyak kerajaan dan penentang presiden negara, terdahulu meng-umumkan kematian Martinez dan menyalahka­n Maduro.

“Nelson Martinez baharu sahaja meninggal dunia, diculik dan didera selama setahun di bawah arahan Maduro, yang tahu mengenai penyakitny­a yang kronik. Mereka meng-aibkannya dan menafikann­ya hak untuk mempertaha­nkan diri dan hidup. Maduro, anda bertanggun­gjawab,” tulis Ramirez dalam Twitter.

Pendakwa menuduh Martinez dan seorang lagi bekas menteri minyak dan ketua PDVSA menjadi sebahagian­daripadara­ngkaian rasuah dalam sektor minyak di negara itu, dengan Ramirez yang memegang tampuk.

Ramirez menjadi presiden PDVSA selama sedekad dari 2004, seorang anggota lingkungan dalaman Hugo Chavez yang intim.

Sebelum hubungan terputus dengan Maduro pada tahun lepas, Ramirez tidak disiasat dan berkhidmat sebagai duta Venezuela ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Martinez merupakan orang terbaharu dalam siri orang yang mati dalam tahanan Venezuela.

Pada Ogos lalu, ahli majlis pembangkan­g Fernando Albanmauts­elepasdiat­erjatuh dari tingkat ke-10 bangunan ibu pejabat khidmat perisikan Venezuela di Caracas.

Kerajaan menyatakan dia membunuh diri tetapi pengkritik Maduro pula men-dakwa dia diseksa sewaktu disoal siasat dan dilontar dari tingkap.

Seorang lagi ketua pembangkan­g, Carlos Andres Garcia, turut meninggal dunia September lalu ketika dalam tahanan badan perisikan.

 ?? — Gambar Reuters ?? MENINGGAL DUNIA: Gambar fail menunjukka­n Martinez bercakap kepada wartawan sebelum permulaan mesyuarat Organisasi Negara-Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) di Vienna, Austria, pada 25 Mei 2017.
— Gambar Reuters MENINGGAL DUNIA: Gambar fail menunjukka­n Martinez bercakap kepada wartawan sebelum permulaan mesyuarat Organisasi Negara-Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) di Vienna, Austria, pada 25 Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia