Utusan Borneo (Sabah)

Pihak berkuasa Mexico serbu makmal fentanyl

-

KOTA MEXICO: Sebuah makmal di Kota Mexico yang disyaki menghasilk­an dadah fentanyl yang kuat telah diserbu pada Rabu, kata pegawai, dalam kes serbuan yang jarang sekali melibatkan dadah yang semakin dipersalah­kan kerana memburukka­n lagi krisis opioid di Amerika Syarikat (AS).

Lebih 72,000 rakyat AS maut akibat pengambila­n ubat berlebihan pada tahun lepas, termasuk ubat haram dan dadah preskripsi.

Presiden AS Donald Trump mengisytih­arkan krisis ketagihan opioid sebagai satu darurat kesihatan awam.

Fentanyl merupakan jenis opioid paling bahaya yang digunakan di AS, menurut Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah (DEA), dan menjadi terkenal selepas pengambila­n ubat penghilang kesakitan itu yang berlebihan dikatakan telah membunuh penyanyi pop Prince pada 2016.

Dadah itu diseludup ke AS umumnya dari China dan Mexico tetapi ia mustahil sekarang untuk menentukan negara mana yang membekalka­n lebih banyak dadah tersebut, DEA menyebut dalam satu laporan pada Oktober lalu.

Siasatan membawa kepada penemuan makmal berkenaan di bahagian barat laut Kota Mexico, pejabat peguam negara di ibu negara Mexico menyebut dalam satu kenya-taan.

Pegawai yang memakai baju perlindung­an putih menyerbu tapak tersebut pada waktu malam dan menjumpai pil biru kecil dan balang plastik besar yang mengandung­i cecair gelap, imej dari pejabat pendakwa menunjukka­n.

Penemuan mereka juga termasuk bahan kimia, jentera dan bekalan yang dipercayai digunakan untuk membuat fentanyl, katanya. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? SERBU: Seorang pakar kimia yang memakai sut perlindung­an kelihatan di sebuah makmal pemprosesa­n dadah fentanyl sulit yang terletak dalam perbandara­n Azcapotzal­co, di Kota Mexico.
— Gambar Reuters SERBU: Seorang pakar kimia yang memakai sut perlindung­an kelihatan di sebuah makmal pemprosesa­n dadah fentanyl sulit yang terletak dalam perbandara­n Azcapotzal­co, di Kota Mexico.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia