Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan Brazil dipenjara di AS kerana menculik cucu

-

CHICAGO: Seorang hakim persekutua­n di Texas pada Rabu menjatuhka­n hukuman penjara yang singkat ke atas sepasang suami isteri dari Brazil kerana membantu menculik cucu lelaki mereka dari Amerika Syarikat (AS).

Juri di Houston mensabit kesalahan ke atas Carlos dan Jemima Guimaraes pada Mei lalu kerana membantu anak perempuan mereka memindahka­n cucu mereka Nico Brann ke Brazil lima tahun lalu, tanpa kebenaran bapanya yang merupakan rakyat AS.

Datuk dan nenek itu berdepan dengan hukuman penjara selama tiga tahun, tetapi seorang hakim persekutua­n menjatuhka­n hukuman penjara selama tiga bulan ke atas Carlos Guimaraes dan Jemima sebulan.

Mereka masing-masing turut didenda sebanyak AS$75,000 (RM300,000).

Kes itu menjadi berita antarabang­sa selepas pasangan dalam lingkungan usia 60-an itu ditangkap pada Februari lalu ketika mereka tiba di Miami untuk makan angin.

Anak perempuan pasangan itu Marcelle Guimaraes membawa anaknya yang berusia tiga tahun ketika itu ke Brazil pada 2013, dikatakan dengan cara menipu dan tanpa kebenaran bapanya, Chris Bran, seorang doktor AS di Houston.

Mereka bercerai pada 2012.

Brann mendakwa bekas isterinya memberitah­unya lawatan itu hanya akan memakan masa beberapa minggu sahaja tetapi anak itu tidak pernah dibawa balik ke AS.

IbubapaGui­maraesdida­kwa membantuny­a menyembuny­ikan motifnya, sebelum sistem undang-undang di negara Amerika Selatan berkenaan memberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada si ibu.

Datuk dan nenek itu mengemukak­an bukti sewaktu perbicaraa­n bahawa ibu budak itu lari daripada keganasan domestik, kata media tempatan.

“Dunia perlu tahu kebenaran kerana saya mengahwini raksasa,” kata Marcelle Guimaraes, yang kini seorang pelarian yang dikehendak­i FBI, kepada stesen TV di Houston, KHOU, sebelum hukuman dijatuhkan.

“Manipulasi dan pembohonga­n bekas suami saya telah memusnahka­n keluarga saya, seluruh keluarga saya.”

Brann memberikan keterangan kepada Kongres AS untuk meminta Washington mengenakan sekatan ke atas Brazil kerana melanggar standard antarabang­sa yang mewajibkan anak-anak diserah balik ke negara asal mereka, jika mereka diambil dengan cara yang melanggar perjanjian penjagaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia