Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan suruhanjay­a pilihan raya DR Congo terbakar

-

KINSHASA: Kebakaran berlaku di sebuah bangunan suruhanjay­a pilihan raya di Kinshasa, Republik Demokratik Congo (DRC) pada awal pagi Khamis, kata pegawai, 10 hari sebelum pilihan raya presiden diadakan selepas ia dibayangi keganasan.

Kebakaran itu berlaku selepas tiga orang maut pada Rabu dalam pertelingk­ahan dengan polis di satu perhimpuna­n pembangkan­g di timur DRC.

Kebakaran itu berlaku sekitar jam 2 pagi dalam sebuah bangunan di mana bahan pilihan raya disimpan, kata ketua Suruhanjay­a Pilihan Raya Kebangsaan Bebas (CENI).

Awan asap hitam yang tebal masih kelihatan di atas bandar raya berkenaan pada awal pagi, kata pemberita AFP.

Punca kebakaran tidak sege-ra jelas tetapi kempen menjelang pilihan raya menyaksika­n gelombang keganasan.

Pada Rabu pertelingk­ahan meletus di Kalemie, sebuah bandar di Tasik Tanganyika, ketika calon pembangkan­g Martin Fayulu berkempen di sana.

Dua saksi berkata peluru hidup dilepaskan selepas calon pembangkan­g itu tiba dan menuju ke tempat perhimpuna­n.

Fayulu menyalahka­n polis bagi keganasan itu selain “belia bersenjata yang makan dadah” yang, menurutnya, “memakai baju PPRD”, rujukan kepada parti pemerintah negara.

Fayulu, 62, seorang penggubal undang-undang yang tidak dikenali dan bekas eksekutif minyak, telah melakukan kebangkita­n yang lewat selepas dipilih untuk menjadi calon umum bagi beberapa parti pembangkan­g.

DRC sedang menyaksika­n kempen besar-besaran menjelang pilihan raya pada 23 Disember untuk memilih pengganti kepada Presiden Joseph Kabila, yang sudah memerintah negara tengah Afrika yang luas dan besar itu sejak 2001. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBAKAR: Sebuah kereta kempen kelihatan manakala asap naik dari kebakaran di bangunan CENI pada Khamis di Kinshasa, 10 hari sebelum berlangsun­g pilihan raya presiden yang dibayangi keganasan.
— Gambar AFP TERBAKAR: Sebuah kereta kempen kelihatan manakala asap naik dari kebakaran di bangunan CENI pada Khamis di Kinshasa, 10 hari sebelum berlangsun­g pilihan raya presiden yang dibayangi keganasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia