Utusan Borneo (Sabah)

Seorang tentera Filipina, tiga militan Abu Sayyaf maut dalam pertempura­n di Sulu

-

MANILA: Seorang anggota tentera dan tiga militan Abu Sayyaf terbunuh dalam satu pertempura­n di Sulu, sebuah wilayah pulau di selatan Filipina pada awal pagi Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera.

Jurucakap Pusat Pemerintah Tentera Barat Mindanao (Westmincom), Leftenan Kolonel Gerry Besana, berkata pertempura­n sengit itu berlaku pada jam 2.25 pagi di bandar pesisir Patikul dalam wilayah Sulu apabila pasukan tentera berjaya mengesan kira-kira 50 militan Abu Sayyaf.

Beliau mengesahka­n seorang tentera terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempura­n itu.

Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital tentera di Kem Teodulfo Bautista di Kampung Busbus, Jolo, ibu kota Sulu.

Tigapejuan­gAbuSayyaf­turut terbunuh dalam pertempura­n itu, kata Besana.

Beliau berkata ketika kejadian, tentera kerajaan sedang melakukan serangan amfibia bagi me-mastikanla­poranbahaw­atiga nelayan Indonesia yang ditawan minggu lepas di perairan Sabah telah dibawa ke Sulu.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan radikal kecil yang beroperasi di pinggir barat Pulau Mindanao yang terletak di selatan Filipina.

Mereka telah menjadikan wilayah pulau Sulu dan Basilan sebagai tempat persembuny­ian.

Kumpulan itu, yang terkenal kerana sering melakukan pembunuhan, penculikan untuk tebusan dan beberapa siri pengeboman di selatan Filipina, dilaporkan sedang menahan sekurang-kurangnya tiga rakyat asing serta tiga rakyat Filipina sebagai tebusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia