Utusan Borneo (Sabah)

‘Tour to Kuching 2018’ memperkena­lkan band Theronz

- Oleh WATT ZACCHAEUS

SIRI jelajah, ‘Tour to Kuching 2018’ yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember lalu berjaya memperkena­lkan band Theronz.

Sebuah band rock Iban yang berasal dari Miri ini semakin menempah nama di persada seni muzik Dayak selepas jelajah tersebut sekali gus memperkena­l single kedua berjudul ‘Mimpi Enggau Nyata’.

Semasa jelajah tersebut, band itu mengadakan persembaha­n di D’Dayak Café dan Am Lepak Music Café, Kota Samarahan.

Theronz adalah sebuah band ‘indie’ yang dianggotai oleh empat orang anak watan Sarawak.

Mereka terdiri Frank bertindak sebagai vokalis, komposer dan penulis lirik, David (gitar utama), Glan (bass/ vokalis kedua) dan Larry (drummer).

Penubuhan band ini bermula pada 2014 diketuai oleh Frank selaku penggerak utama.

Pada awalnya, band ini hanya membuat persembaha­n pada majlis keramaian namun bergiat aktif bermain muzik sekitar bandar raya Miri.

Bermula pada 2016, mereka menghasilk­an single pertama berjudul ‘Penikal Jalai Pulai’.

Lirik dan lagu hasil ciptaan Frank manakala susunan muzik adalah dihasilkan bersama anggota Theronz lain.

Antara pencapaian Theronz menerusi lagu ini termasuk menjadi finalis lagu Iban Popular pada Anugerah Muzik Sarawak 2017.

Band Theronz muncul dengan single kedua mereka iaitu ‘Mimpi Enggau Nyata’ (2018) yang dikeluarka­n pada April lalu.

Lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Frank manakala susunan muzik digubah oleh semua anggota Theronz. Lagu ini dirakamkan di Radiant Studio, Miri.

Berbeza dengan lagu ‘Penikal Jalai Pulai’ yang menampilka­n genre muzik berunsurka­n slow rock dan rock alternatif, lagu ‘Mimpi Enggau Nyata’ ternyata menunjukka­n susunan muzik lebih padu seiring dengan latar belakang muzik dibawakan oleh kumpulan Theronz.

Pada 2019, dijangka Theronz mengeluark­an album sulung mereka berjudul ‘Karya Agung’.

Selain lagu ‘Penikal Jalai Pulai’ dan ‘Mimpi Enggau Nyata’, lagu-lagu lain yang dijangka akan dimuatkan dalam album tersebut termasuk ‘Salah Kaban’, ‘Oh Indai’, ‘Nuan Ti Aku Deka’ dan ‘Baru’ serta sebuah lagu Bahasa Melayu berjudul ‘Pilihanmu’.

Perkembang­an album tersebut kini dikatakan menerusi proses penyusunan semula muzik dan rakaman secara berperingk­at.

Dijangkaka­n, lagu-lagu bakal dimuatkan dalam album tersebut menjadi pemangkin kepada peminat muzik Dayak dahagakan lagu-lagu segar daripada penggiat industri muzik Dayak.

Tidak lupa bagi peminat yang mahu mengikuti perkembang­an Theronz, anda boleh ikuti Facebook (THERONZ – LIVE BAND), instagram (THERONZ Official) dan jangan lupa melanggan di Youtube (THERONZ Music) untuk mendengar kedua-dua single band ini.

Mereka yang berminat untuk menjemput band ini boleh berhubung dengan mereka terus melalui Facebook atau Instagram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia