Utusan Borneo (Sabah)

Persaingan lebih sengit

Kejohanan Tinju Remaja Seluruh Sabah bermula hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Tinju Remaja Seluruh Sabah 2018 bakal menyajikan­persaingan­lebih sengit dengan penyertaan dua pasukan jemputan iaitu Johor dan Felda Tungku.

Kejohanan yang akan berlangsun­g di Dewan Serbaguna Luyang pada 1416 Disember itu disertai 138 peninju.

Setiausaha penganjur Darshan Singh berkata, pasukan jemputan terutama Johor yang datang dengan skuad terkuatnya pasti akan menjadi cabaran besar buat pasukan-pasukan tempatan.

Sebanyak 13 daerah mengambil bahagian iaitu

“Persaingan lebih sengit tetapi ini baik untuk peninju kita dan saya percaya beberapa pasukan kita seperti Sandakan, Kota Kinabalu dan Beluran ” mampu memberi tentang sengit.

DARSHAN SINGH Setiausaha penganjur

Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Tambunan, Keningau, Tongod, Beluran, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna

“Persaingan lebih sengit tetapi ini baik untuk peninju kita dan saya percaya beberapa pasukan kita seperti Sandakan, Kota Kinabalu dan Beluran mampu memberi tentang sengit,” kata Darshan dalam kenyataann­ya pada Khamis.

Pertanding­an bermula jam 1.00 tengah hari setiap hari di mana tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu 13-14 tahun, 15-16 tahun dan 1718 tahun.

Kategori 13-14 tahun disertai 44 peninju, 15-16 tahun 50 peninju dan 17-18 tahun 44 peninju manakala turut bersama adalah 15 jurulatih.

“Ini adalah penyertaan terbanyak yang tentunya satu perkembang­an positif terhadap pembanguna­n sukan negeri ini.

“Turut bersama adalah 15 pengurus pasukan, 15 jurulalati­h, 15 penolong jurulatih, 23 pengadil, hakim dan pegawai teknikal.

Darshan berkata, kejohanan itu adalah sebahagian daripada program pembanguna­n junior dan remaja Sabah sebagai persiapan menghadapi Sukan Sabah (SAGA) 2019 dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 Johor.

Penasihat kejohanan adalah Datuk Orlando Harumal, pengerusi penganjur Elpedio John Adriano, Darshan dan ketua pengadil dan hakim Mohd Faizal Abdullah.

Orang ramai dilaualuka­n datang menyaksika­n kejohanan itu. Masuk adalah percuma.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia