Utusan Borneo (Sabah)

Bola Sepak Empat Penjuru Asean di Stadium Likas 15-16 Dis

-

KOTA KINABALU: Orang ramai dialu-alukan datang menyaksika­n Pertanding­an Bola Sepak Empat Penjuru Asean di Stadium Likas penghujung minggu ini (1516 Disember).

Pengerusi penganjur Hashim Hamzah berkata, selain dapat menyaksika­n bekas-bekas pemain kebangsaan dari Indonesia, Thailand, Brunei dan bekas pemain Sabah beraksi, penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi cabutan tiket bertuah.

Hadiah utama cabuan tiket bertuah adalah sebuah kereta Perodua Axia tajaan Syarikat TBT Sdn Bhd.

Turut disediakan ialah 10 buah motosikal dan 50 basikal.

“Masuk adalah percuma dan tiket bertuah juga diedarkan secara percuma.

“Perlawanan juga menjanjika­n aksi sengit dan menarik walaupun ianya pertanding­an untuk pemain berusia 40 tahun ke atas kerana ramai bekas pemain kebangsaan mewakili pasukan Tuak FC Indonesia, Thonburi Inter FC Thailand dan Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam.

“Malaysia pula diwakili SS90’S Sabah yang dibarisi bekas pemain negeri ini,” kata Hashim yang juga presiden SS90’S.

Menurutnya, Tuak FC dibarisi bekas pemain kebangsaan seperti Muhammad Halim, Edu Juanda, Ansyari Lubis, Kurniawan Dwi Yulianto dan Ilham Romadhona manakala Thonburidi­perkuatkan­bekas pemain kebangsaan Thailand seperti Sarawut Khambura, Surapan Buaprom, Sanong Chaiprakho­m, Dachar Mahamad, Kawiphan dan Chturong.

Dua perlawanan akan berlangsun­g pada 15 Disember di mana pasukan yang menang akan ke final manakala yang tewas ke penentuan tempat ketiga dan keempat pada 16 Disember.

“Kesemua perlawanan berlangsun­g di Stadium Likas. Sepak mula perlawanan pertama adalah pada jam 4.00 petang manakala perlawanan kedua jam 7.30 malam.

“Kempen derma darah juga akan diadakan sepanjang dua hari berkenaan,” kata Hashim ketika ditemui di sini pada Khamis. -Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? HASHIM (kiri) dan pemain-pemain SS90’S bersama kereta hadiah cabutan tiket bertuah sempena Pertanding­an Empat Penjuru Asean di Stadium Likas pada 15-16 Disember.
HASHIM (kiri) dan pemain-pemain SS90’S bersama kereta hadiah cabutan tiket bertuah sempena Pertanding­an Empat Penjuru Asean di Stadium Likas pada 15-16 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia