Utusan Borneo (Sabah)

Mr Borneo di KDCA Ahad ini

-

KOTA KINABALU: Persiapan bagi melaksanak­an penganjura­n Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Mr Borneo 2018 di Hongkod Koisaan KDCA Penampang Ahad ini berjalan lancar.

“Semuanya berjalan lancar dan kami sudah bersedia. Harap-harapsemua­nyaberjala­n seperti yang dirancang,” kata pengerusi penganjur Joannes Stanislous yang juga Presiden Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) ketika dihubungi pada Khamis.

Kali terakhir kejohanan itu dianjurkan di Ranau, ianya disertai lebih 70 peserta tetapi kali ini mereka mensasarka­n sekitar 100 penyertaan.

“Selain peserta dari Brunei, Sarawak, Labuan dan Sabah, ada juga penyertaan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat,” kata Joannes.

Kejohanan itu mempertand­ingkan kategori novis dan terbuka.

Kategori novis ada tiga bahagian iaitu 60kg ke bawah, 60-70kg dan 70kg ke atas serta dua kategori ketinggian untuk pertanding­an fizikal iaitu 170cm ke bawah dan 170cm ke atas.

Lima pemenang teratas setiap kategori akan menerima RM600 untuk juara, kedua RM500, ketiga RM400, keempat RM300 dan kelima RM200.

Kategori terbuka pula mempertand­ingkan acara bina badan lelaki dan fizikal wanita.

Juara bina badan lelaki akan menerima RM1,000, kedua RM800, ketiga RM500, keempat RM300 dan kelima RM200.

Acara fizikal wanita pula menawarkan RM800 untuk juara, kedua RM600, ketiga RM400, keempat RM300 dan kelima RM200.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? JASHLEE Dayah (tiga dari kanan) mewakili Menteri Pembanguna­n Lua Bandar Datuk Ewon Benedict menyampaik­an trofi dan hadiah wang tunai kepada Joannes di Kota Kinabalu pada Khamis.
JASHLEE Dayah (tiga dari kanan) mewakili Menteri Pembanguna­n Lua Bandar Datuk Ewon Benedict menyampaik­an trofi dan hadiah wang tunai kepada Joannes di Kota Kinabalu pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia