Utusan Borneo (Sabah)

Venue Cabaran Orang Kuat Wanita pinda ke 1B

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Venue edisi kedua Cabaran Orang Kuat Wanita Atukoi 2018 yang sebelum ini diumumkan akan diadakan di Penampang telah diubah ke 1Borneo Hypermall.

Pengerusi penganjur, DJ Othoe ketika dihubungi pada Khamis berkata, tarikh pertanding­an bagaimanap­un kekal iaitu pada 15 dan 16 Disember manakala acara akan bermula pada jam 10.00 pagi.

Othoe berkata, selain perubahan venue, cabaran itu juga ada satu acara sampingan iaitu pertanding­an 1B Atlas Stone Man untuk lelaki tajaan MyBowl 1Borneo.

Katanya, 1B Atlas Stone Man itu adalah tambahan kepada pertanding­an utama iaitu enam acara wanita iaitu Truck Pull, Tyre Flip, Farmer’s Walk, Yoke Walk, Car Deadlift dan Atlas Stone.

Sambil itu, kordinator pertanding­an Roger Frederick berkata, 1B Atlas Stone Man adalah cabaran mengangkat lima batu bulat dengan berat 120kg, 130kg, 140kg, 150kg dan 170kg.

Penyertaan untuk 1B Atlas Stone Man adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai manakala wanita dikenakan yuran RM100.

1B Atlas Stone man menawarkan hadiah wang tunai RM150 untuk juara, kedua RM100 dan ketiga RM50. Pemenang lapan teratas juga akan menerima hamper.

Kategori wanita pula menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk juara, kedua RM700, ketiga RM500, keempat RM400, kelima RM300, keenam RM200, ketujuh RM100 dan kelapan RM50.

“Kami mensasarka­n 16 penyertaan wanita dan setakat ini sudah sembilan orang yang telah mengesahka­n penyertaan,” kata Roger.

Peserta wanita itu terdiri daripada Verone Lee dari Kenny Gym Inanam, Frahsillia Onnie (Justine Sompong Gym), Sharon Dualis (Tambunan), Norlisa Rusli (Labuan), Selly Laminggu (Keningau), Marry Tawin (Labuan), Hellyn Dani (Kota Belud), Mell Jillis (Gym Bingkor) dan Helleyadie Tuna (Gym Bingkor).

Juara edisi pertama Cabaran Orang Kuat Wanita, Joyce Heng tetapi syarat pertanding­an tidak membenarka­n penyandang juara mengambil bahagian pada edisi berikutnya.

Joyce yang sudah beraksi di peringkat antarabang­sa bagaimanap­un dijangka akan membuat penampilan khas pada pertanding­an selama dua hari itu.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Roger 016-8800097.

 ??  ?? HELLYN
HELLYN
 ??  ?? NORLISA
NORLISA
 ??  ?? MARRY
MARRY
 ??  ?? MELL
MELL
 ??  ?? SHARON
SHARON
 ??  ?? FRAHSILLIA
FRAHSILLIA
 ??  ?? VERONE
VERONE
 ??  ?? SELLY
SELLY
 ??  ?? HELLEYADIE
HELLEYADIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia